Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Krisis Siapa Betul Dan Siapa Salah?

Sejak dua menjak ini, nampaknya di dalam laman sosial samada blog, Facebook atau Twitter banyak isu si A salahkan si B. Si B pula komen si A, katanya A salah dan dia sahaja yang betul. Terus berlanjutan sehingga bergaduh, bermasam muka dan berkelahi.
Soalan yang timbul, siapa yang betul, siapa yang salah?
Begitulah adat kita manusia, mahu sentiasa menang dan tidak ramai yang berani dan sanggup untuk mengalah. Kalau menang, rasa macam puas dan menjadi sanjungan. Kalau kalah, terasa di hina dan maruah diperkecilkan. 
Rasanya, dalam banyak perkara atau perdebatan, ramai yang menegakkan pandangan masing-masing. Samada si A atau si B, masing-masing sebenarnya mahukan yang terbaik dan bagus. Namun oleh kerana ada yang berasa ego, tidak mahu mendengar nasihat, pandangan serta idea orang lain sebelum memberikan hujah seterusnya.
Oleh itu, jika ada perdebatan serta selisih pendapat, pilih jalan penyelesaian yang terbaik. Kita sama-sama kita, tidak guna bergaduh, tidak ada faedah bermusuhan. Sepatutnya kita, sama-sama berusaha untuk sama maju.
Ayuh sama-sama kita mengorak langkah baru. Kerjasama dan bersama-sama bantu membantu. Sedikit perselisihan pendapat, kita selesaikan dengan cara terbaik dan biar sama-sama mendapat faedah. Siapa betul, siapa salah, penting sangat kah???
4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.