Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kronologi Kes Langgar Basikal Lajak Johor Pandangan Peribadi

Kejadian kemalangan ini berlaku pada 18 Febrari 2017, namun ia kembali menjadi kes viral kerana pemandu tersebut kembali dihadapkan ke mahkamah selepas sebelum ini dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja menaiki basikal lajak lima tahun lalu. Kronologi Kes Langgar Basikal Lajak Johor telah diceritakan dalam pelbagai media utama negara dan anda boleh dapatkan kesahihan dari sumber-sumber yang dipercayai.

Ada beberapa fakta penting ketika kejadian mungkin ramai yang tidak tahu, namun sebagai rakyat dan juga sebagai seorang bapa, saya turut terpanggil untuk sekadar memberi pandangan tentang beberapa isu berkaitan. Pandangan ini hanya pandangan peribadi.

Baca : Basikal Lipat Berkualiti Dengan Harga Murah

Kronologi Kes Langgar Basikal Lajak Johor

Kronologi Kes Langgar Basikal Lajak Johor Pandangan Peribadi

Kronologi Kes Langgar Basikal Lajak

Kronologi Kes Langgar Basikal Lajak

Kredit Gambar : Bernama & Utusan Malaysia
 

Semua orang tahu bahawa kemalangan adalah sesuatu yang tidak boleh dijangka. Namun, ada beberapa isu berkaitan mungkin kita boleh ambil sebagai iktibar dalam kes ini. Sebagai contoh :

1. Kanak-kanak dan remaja seeloknya tidak digalakkan untuk berada diluar rumah selepas waktu maghrib sehingga ke waktu subuh, kerana waktu ini adalah waktu yang sesuai untuk bersama keluarga dan waktu rehat berkualiti di rumah,

2. Pemandu, setiap masa harus mematuhi peraturan jalanraya, tidak memandu laju melebihi had kelajuan walapun diawal pagi ketika jalanraya lengang,

3. Struktur jalanraya di Malaysia, seharusnya lebih baik dengan lampu jalan yang lebih terang, laluan yang tidak memeningkan serta jalanraya yang rata berkualiti.

Kami tidak berniat untuk menyalahkan sesiapa tetapi, kebiasaannya kecelakaan seperti ini mungkin boleh dielak jika kita sama-sama memainkan peranan masing-masing.
 

Kronologi Kes Langgar Basikal Lajak

Kronologi Kes Langgar Basikal Lajak
 

Kronologi Kes Langgar Basikal Lajak :

18 Febuari 2017
Lapan remaja lelaki berbasikal maut apabila dirempuh kereta di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, lapan remaja yang berumur antara 13 hingga 17 tahun itu maut ditempat kejadian.

28 Mac 2017
Pemandu wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik Johor Bahruatas pertuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal. Sam Ke Ting didakwa memandu kereta secara melulu dan berbahaya hingga menakibatkan kematian penunggang basikal pada 3.20 pagi 18 Februari 2017 di Jalan Lingkaran Dalam. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

28 Oktober 2019
Jurujual wanita yang dituduh memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Februari 2017 dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru. Majistret Siti Hajar Ali membuat keputusan itu tanpa memanggil Sam Ke Ting, 24, untuk membela dirinya terhadap pertuduhan tersebut selepas pendakwaan gagal membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.

18 Febuari 2021
Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan pemandu wanita membela diri atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal lajak, empat tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Dr Shahnaz Sulaiman membuat keputusan itu selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Sam Ke Ting, 26.

10 Oktober 2021
Mahkamah Majistret mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, empat tahun lalu.

11 Oktober 2021
Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan terhadap pembebasan seorang jurujual daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak.

13 April 2022
Mahkamah Tinggi memerintahkan kerani wanita dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000, kerana kesalahan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu.
 

Kronologi Kes Langgar Basikal Lajak
Contoh Jenis Basikal Lajak

 

Mengikut pemahaman kami, pada hari kejadian, kumpulan 16 penunggang basikal berusia antara 8 hingga 16 tahun itu, berlumba dari simpang bersebelahan Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah ke Dataran Bandaraya di sini, tiba-tiba dirempuh kereta itu dari belakang.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Ke Ting yang ketika kejadian berusia 22 tahun didakwa memandu kereta bernombor pendaftaran JQB 9984 di Jalan Lingkaran Dalam secara melulu atau dengan berbahaya hingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal pada pukul 3.20 pagi.

Mahkamah telah menjatuhi hukuman penjara selama 6 tahun dan denda sebanyak RM6,000 kepada pemandu tersebut, yang mana jika gagal bayar akan ditambah hukuman penjara enam bulan.

Sumber : utusan.com.my
 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.