Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destinations

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Krue Se Mosque Masjid Kerisik Terkenal Di Daerah Pattani Thailand

Antara daerah yang ingin saya terokai, jika boleh ialah di Daerah Pattani. Di sini terdapat Krue Se Mosque Masjid Kerisik Terkenal Di Daerah Pattani Thailand. Masjid Kerisik atau nama lainnya ialah Masjid Sultan Muzaffar Shah. Masjid Kerisik dalam bahasa Thailand dikenali Krue Se Mosque atau Pitu Krue-ban Mosque. Masjid ini adalah yang pertama di Asia Tenggara yang dibina dengan menggunakan bata merah buatan kampung Tarab Bata.

Ia mempunyai keistimewaan binaannya tersendiri. Bercirikan stuktur binaan Timur Tengah, cara susunan batu-batanya dilakukan dengan menggunakan campuran kulit kerang dan beras pulut hitam yang ditumbuk lumat kemudian dicampur bahan tersebut dengan adunan telur putih dengan manisan cair. Cara ini merupakan salah satu kemahiran dan kebijaksanaan masyarakat Melayu tempatan zaman dahulu kala.

Baca : Masjid Yang Terkenal di Hokkaido

 


Krue Se Mosque Masjid Kerisik Terkenal Di Daerah Pattani Thailand

Masjid Kerisik atau Krue Se Mosque Pattani
Masjid Kerisik atau Krue Se Mosque Pattani

 

Masjid ini terletak di jalan raya no.42 (laluan Pattani-Narathiwat) di Ban Krue Se, dengan jarak sekitar 7 kilometer dari bandar Pattani. Pada masa ini, tempat kuno ini terletak berdekatan dengan Kuil Cina Chao Mae Lim Ko Niao. Kedua-dua tempat ini mempunyai legenda hubungan mereka tersendiri.

Masjid Krue Se ini mempunyai tiang bulat yang merupakan gaya seni timur tengah. Bahagian yang paling penting adalah bumbung kubah yang belum pernah disiapkan hingga ke hari ini. Mengikut sejarah, masjid ini dibangun pada masa pemerintahan Raja Naresuan Agung (1578-1593).

Sumber : Tourism Thailand Masjid Kerisik Pattani
 

Krue Se Mosque Masjid Krisik Terkenal Di Daerah Pattani Thailand 2

Krue Se Mosque Masjid Krisik Terkenal Di Daerah Pattani Thailand 3

Krue Se Mosque Masjid Krisik Terkenal Di Daerah Pattani Thailand 4

Krue Se Mosque Masjid Krisik Terkenal Di Daerah Pattani Thailand 5

Krue Se Mosque Masjid Krisik Terkenal Di Daerah Pattani Thailand 6

Sumber Gambar : Google Maps

Kebiasaan untuk binaan masjid, elemen yang paling penting ialah bumbungnya yang besar dan berkubah. Namun, kubah Masjid Kerisik ini tidak dapat disiapkan kerana perebutan kuasa antara sultan Pattani dan saudaranya ketika tempoh pembinaan.

Pastinya ada banyak lagi cerita unik dan agak sedih yang tersimpan di Masjid Kerisik. InsyaAllah, kalau ada peluang, kami akan ke sini.

Mengikut informasi, masjid ini dibuka untuk upacara keagamaan dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari.

Ia dibuka kepada umum termasuk pelancong, hampir setiap hari. Ia kini menjadi salah satu destinasi pelancongan bagi mereka yang melalui jalan raya utama Narathiwat – Pattani.

Kalau anda dari sempadan Thailand, Rantau Panjang Kelantan, ia lebih dekat dan lebih mudah untuk akses ke sini dengan hanya memakan masa selama sekitar 2 jam perjalanan menggunakan jalan utama. Anda juga boleh ke Pattani melalui sempadan Thailand – Bukit Kayu Hitam Kedah dengan sekitar 2 jam 30 minit pemanduan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.