Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2015 DBKL

Ada aktiviti baru di Taman Tasik Perdana. Akan berlangsung, Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2015 (KLOBS15). Kuala Lumpur yang menjadi nadi ibukota Malaysia sememangnya semakin terkenal dan terus terkenal di mata dunia. Kota Metropolitan yang diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini sebenarnya tidak pernah sunyi dari pelbagai aktiviti tarikan pelancong dari awal tahun sehingga hujung tahun sejak dari dulu hingga kini.

Baca : Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur

 


Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2015 DBKL

Untuk aktiviti terkini, DBKL membawakan Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2015 (KLOBS15) yang akan berlangsung di Taman Botani Kuala Lumpur.

Sebagai makluman asas untuk anda, Program Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2015 #KLOBS15 merupakan kesinambungan dari Pameran Bonsai dan Orkid Kuala Lumpur 2012 yang telah diadakan pertama kali di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur pada Mac 2012 dan Program Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2014 (KLOBS14) yang diadakan di lokasi sama pada 2014 . 

Tahun ini, program ini menjadikan bunga orkid dan bonsai sebagai tema di samping tarikan-tarikan lain sebagai pengisian program dan aktiviti lain sepanjang acara ini berlangsung.

Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2015 DBKLKuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2015 DBKL klorchidbonsai_map-rapidkl

Peta Taman Botani Kuala Lumpur

Secara peribadi, Taman Botani Kuala Lumpur ini juga adalah antara 5 Taman Tasik TERBAIK di Kuala Lumpur pilihan pelancong.

Anda sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, ambil peluang untuk singgah di Taman Botani Kuala Lumpur dan rancang aktiviti anda bersama keluarga, rakan-rakan dan juga rakan sepejabat. Di Taman Botani Kuala Lumpur ini, macam-macam boleh anda buat seperti Family Day, Staff Day, Photoshot, Riadah, Playground, Melawat Mini Zoo dan banyak lagi aktiviti yang di sediakan oleh pihak DBKL.

MrJocko secara peribadi sememangnya sudah lama serasi dengan apa yang disediakan oleh pihak DBKL di Taman Botani Kuala Lumpur (dulu dikenali sebagai Taman Tasik Perdana). Sebelum ini banyak juga info yang MrJocko kongsi di blog tentang menu sarapan pagi terbaik di Taman Botani Kuala Lumpur seperti  Meehun Sup, Aktiviti Santai Menaiki Shuttle Train di Taman Botani, Jogging di Taman Botani Kuala Lumpur, Melawat Taman Orkid, Pasukan Berkuda DBKL dan banyak lagi.

Taman Botani Kuala Lumpur

Aktiviti-Sihat-Taman-Botani-Kuala-Lumpur-06

Aktiviti Riadah di Taman Botani Kuala Lumpur

Taman Orkid Kuala Lumpur

Taman Orkid Kuala Lumpur

Pengalaman ke Taman Orkid yang terletak di Taman Botani Kuala Lumpur sebelum ini memang menarik. Ada beberapa kali kami singgah di sana dan setiap kali pergi memang tak akan bosan. Anda akan minat dengan bunga sudah pasti akan teruja dengan pelbagai jenis, warna dan bentuk bunga Orkid di sini.

Kali ini, sempena dengan Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2015, sudah pasti lebih banyak bunga Orkid akan dipertontonkan. Yang pasti lebih mengujakan, peluang kita untuk melihat pelbagai jenis pokok Bonsai dari pelbagai negara dan terkenal ada dipamerkan di sini. 

Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2015 klobs2015-04 klobs2015-06 klobs2015-07

Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2015

Anda boleh semak jadual pameran Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2015 ini dengan mengikut informasi ini :

Tarikh: 

07 -16 Ogos 2015 (sepuluh hari)

Waktu lawatan: 

Sabtu & Ahad (9.30am – 10.00pm)

Isnin – Jumaat  (9.30am – 7.00pm)

Perasmian:

Tarikh : Sabtu 08 Ogos 2015 

Waktu : 9.00 am

Dirasmikan oleh YBhg Datin Seri Anggraini Sentiyaki, isteri Menteri Wilayah Persekutuan 

Jadi apa tunggu lagi, rancang masa anda bersama keluarga, rakan-rakan atau saudara mara untuk sama-sama ke Taman Botani Kuala Lumpur sempena Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2015. 

Program ini dijangka akan berwajah festival yang dimeriahkan dengan pameran dan pelbagai aktiviti berunsurkan tumbuh-tumbuhan atau bunga-bungaan seperti, pertandingan hiasan, arca dan aktiviti-aktiviti lain di samping menjual pelbagai sajian makanan.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web DBKL, Facebook DBKL atau laman web rasmi Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2015

Website : http://www.klorchidbonsaishow.com
Facebook : http://www.facebook.com/klorchidbonsaishow
Twitter : @KLOBS2015
Instagram : #KLOBS2015

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.