Kunjungan Ke Kraftangan Selipar Rotan Melaka
Sesuatu yang semestinya baru. MrJocko berani kata, ramai antara kita jarang melihat selipar cantik yang diperbuat daripada rotan seperti ini. Sebab itu, untuk berkongsi dengan lebih dekat, kami membuat Kunjungan Ke Kraftangan Selipar Rotan Melaka yang semakin terkenal dan mendapat sambutan.
Selipar Rotan dari Melaka ini diilhamkan oleh pembuatnya kerana melihat potensi kraftangan dari hasil rotan memang mempunyai permintaan yang memberangsangkan.
Selipar Rotan dari Melaka
Mungkin dari pandangan mata kasar, kita akan kata kasar dan tidak selesa bila memakai selipar dari roran ini. Sebenarnya tidak juga. Bila ia dibuat dan siap dikemaskan dengan sulaman yang baik, anda akan rasa selesa memakai selipar ini.
Tapak bawah selipar rotan ini menggunakan papan plywood khas dan dikemaskan dengan tapak yang lembut dibawahnya untuk kaki pengguna. Tambah pula, bila ia sudah biasa digunakan, rotan ini akan mula menjadi lembut dan selesa.
Bahan asas untuk membuat selipar rotan ini hanyalah rotan dan juga papan plywood. Ia disusun dengan cantik dan kemas. Ada beberapa teknik menyulam atau anyam rotan halus ini supaya menjadi selipar yang cantik dan tersusun. Nak tahu? Kena la tonton rancangan Nota Kembara Bersama MrJocko di Saluran RTM1 dan Saluran BES1 bermula bulan Disember 2016 nanti.
Selain dari selipar rotan, di sini juga diusahakan pelbagai lagi usaha tangan yang berkonsepkan kraf menggunakan rotan. Rotan halus dan juga rotan khas digunakan untuk membentuk kraftangan lain seperti bakul, bekas dan juga raga yang cantik.
MrJocko di beritahu, ada beberapa bakul yang dibuat di sini telah memenangi pertandingan kraf peringkat Asia dalam kategori Kraftangan Kreatif.
Paling banyak yang dibuat di sini ialah kraf untuk tepat letak telor sempena dengan majlis perkahwinan dan majlis khas. Pernah tengok tak??
Ini satu usaha yang bagus sebenarnya untuk kita sebagai rakyat Malaysia menggunakan sumber dalam negeri, khususnya Rotan dalam industri kraf di Malaysia. MrJocko secara peribadi menyokong penuh usaha ini. Ia sedikit sebanyak akan mempromosikan produk buatan Malaysia ke peringkat dalam negeri dan juga luar negara.
Biar pelancong tahu, kita di Malaysia juga punyai sesuatu yang bernilai untuk dipersembahkan kepada dunia. Untuk usaha ini, tabik hormat kepada pengusaha kraf seluruh Malaysia dan tentunya terima kasih juga atas sokongan dan bantuan dari Kraftangan Malaysia.
Related Posts
-
Cara Buat Visa Ke Negara China Bayar Cuma RM100 Sahaja
1 Comment | Sep 4, 2019
-
Stesen Bullet Train Shinkansen Shin Osaka Jepun
2 Comments | Oct 12, 2014
-
Breakfast Di Restoran Haslam Cafe Jalan Pahang Kuala Lumpur
No Comments | Apr 28, 2012
-
Tiket Transformers Expo Genting Highlands 2014
No Comments | Jan 12, 2014
About The Author
MrJocko
I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.