Site icon Travel Blogger Malaysia

Kyoto Arashiyama Orgel Museum Ada Music Box Unik Dunia

Kyoto Arashiyama Orgel Museum Ada Music Box Unik Dunia. Itu yang Mr Shuichi Kato beritahu MrJocko masa kami berjalan sekitar Arashiyama. Nasib kami baik, berpeluang untuk singgah dan melihat sendiri pelbagai koleksi unik dan termahal music box di Guido Reuge Museum Arashiyama ini. 

Guido Reuge Museum itu nama yang tertera di luar bangunan muzium ini. Kalau anda tak perasan mungkin akan terlepas. Dari Saga Torokko Station cuma beberapa minit perjalanan. Kalau dari Saga Arashiyama, hanya 5 minit.

Kyoto Arashiyama Orgel Museum

Kyoto Arashiyama Orgel Museum Ada Music Box
 

Guido bermaksud nama lelaki dan Reuge adalah bermaksud alat muzik mekanikal. Gambar dibawah memberi makna tentang muzium ini. Inilah antara koleksi Music Box yang punyai keunikkan tersendiri dan antara yang ‘priceless’ di dunia.

Di dalam Kyoto Arashiyama Orgel Museum ini ada lebih dari 100 koleksi unik Music Box dari pelbagai negara, pelbagai bentuk, pelbagai jenis dan pelbagai bunyi. Lebih menarik, ada koleksi yang di simpan di sini adalah hasil pembuatan sejak lebih dari 500 tahun dahulu dan ia masih boleh digunakan. Awesome!!!

 

 

MrJocko dan wife dibawa melawat ke ruang pameran Music Box Museum Arashiyama oleh Ms Sachiko Segawa, wakil dari Guido Reuge Museum. Baru kami tahu bahawa music box adalah antara alat hiburan yang sudah lama dan menjadi kegilaan ramai rakyat Eropah. Antara koleksi buatan Music Box yang terkenal dan terbaik datang dari Switzerland dan Germany.

Di Guido Reuge Museum Arashiyama ini ada banyak koleksi music box lama dari Switzerland.

 

 

Ada banyak koleksi yang unik dan antik, korang kena singgah untuk masuk dan melihat sendiri koleksi yang ada di sini. Ada koleksi music box yang ada di sini turut dijual. Gambar music box di bawah ini bernilai hampir 1,000,000 Yen. Wow!!!

Jangan risau, ada juga koleksi yang dijual murah di sini. Korang boleh beli koleksi Music Box sendiri dari harga bermula 1,000 Yen. Ada banyak jenis dan banyak bunyi menarik boleh anda pilih.

 

 

Kalau singgah di sini, boleh singgah untuk minum kopi dulu sementara nak ke lokasi lain. Sambil layan kopi, anda boleh nikmati music dari alunan piano yang tersedia di pentas. Ia lebih unik kerana, tidak ada pemuzik, hanya piano dan ia ‘berbunyi’ dengan sendiri. Hahaha!!! Jangan ingat hantu pulak…

Harga tiket masuk ke Kyoto Arashiyama Orgel Museum ialah 1,000 Yen untuk dewasa dan 600 Yen untuk kanak-kanak sekolah. Ia dibuka bermula jam 10.00am sehingga 6.00pm pada bulan Mac – Disember dan jam 10.00am sehingga 5.00pm pada bulan Januari dan Februari.

Layari http://www.orgel-hall.com untuk makumat lanjut.

 

Exit mobile version