Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kyoto Yodobashi Shopping Mall Tempat Beli Kamera Murah

Khas buat peminat kamera dan aksesori kamera, ini kedai kamera yang paling best di Jepun. Antara yang wajib korang singgah ialah Kyoto Yodobashi Shopping Mall Tempat Beli Kamera Murah. Ada ribuan model kamera yang boleh anda pilih di Yodobashi Mall. Samada nak cari kamera point and shoot, kamera kompak atau kamera DSLR, ini kedai kamera murah di Jepun.

MrJocko sempat singgah sekejap di Kyoto Yodobashi Shopping Mall bersebelahan dengan Kyoto Station. Tujuan utama ke sini untuk survey harga kamera di Jepun dan juga nak lihat harga jam tangan Casio G-Shock di Jepun.

Kyoto Yodobashi Shopping Mall

Kyoto Yodobashi Shopping Mall Tempat Beli Kamera Murah

 

Dari jauh dah nampak bangunan Yodobashi di Kyoto ini. Lokasi strategik dan tepi jalan besar. Yang popular di sini ialah barang-barang kamera. Dari yang murah, hingga yang mahal, semua ada di sini. Bawa duit, pilih, test dan beli. Mudah jer…

Kalau peminat kamera, pasti seharian berada di sini pun korang tak akan jemu. Banyak jenama kamera terkenal dunia ada di sini. Pastinya yang paling popular ialah jenama kamera dari Jepun seperti Nikon, Canon, Sony, Fuji, Olympus dan banyak lagi.

 

Kyoto Yodobashi Shopping Mall Tempat Beli Kamera Murah Kyoto Yodobashi Shopping Mall Tempat Beli Kamera Murah Kyoto Yodobashi Shopping Mall Tempat Beli Kamera Murah Kyoto Yodobashi Shopping Mall Tempat Beli Kamera Murah

 

Kalau nak kira harga kamera di Jepun ini sebenarnya murah sedikit dari harga yang dijual di Malaysia. Lebih menarik, kat sini korang boleh pilih jenis model yang korang mahu, test dulu sepuasnya dan kalau dah puas hati baru boleh beli. Yang pasti, model di sini banyak, pilihan lens yang pelbagai dan pastinya boleh beli dengan harga tanpa Tax. Menarik kan???

Tidak cukup dengan ‘body camera’ dan ‘lens’ ada juga banyak pilihan aksesori kamera lain seperti beg, tripod, monopod, filters, straps dan banyak lagi. Memang gila la kalau lepak sini seharian.

Teringin nak beli kamera di Kyoto Yodobashi Shopping Mall ni, tetapi belum ada rezeki. Tak bawak duit. Nanti la kalau ada duit lebih datang sini nak beli kamera Sony dan lens kamera Sony :).

 

Kyoto Yodobashi Shopping Mall Tempat Beli Kamera Murah

 

Oh ya. Kalau nak tahu, kat Yodobashi juga ada pilihan barangan lain. Paling banyak ialah produk elektronik. Bahagian bawah ada jual pelbagai jenis pilihan telefon, TV, Radio, Kipas, Toilet Cover dan macam-macam lagi.

Yang menarik inat MrJocko satu lagi di sini ialah pilihan pelbagai jam tangan Casio G-Shock. Ya, di Yodobashi juga ada jual jam tangan G-Shock yang agak murah. Banyak koleksi jam G-Shock yang dijual di sini dengan harga diskaun yang menarik. Ada beberapa model G-Shock diorang jual dengan harga diskaun sehingga 50%.

Ini tips untuk anda yang nak cari kamera dan jam tangan G-Shock di Jepun. Kalau jumpa kedai Yodobashi, singgah la. InsyaAllah, korang tak akan menyesal.

Tempah penerbangan anda ke Osaka dengan AirAsia dan penginapan dengan AirAsiaGo untuk harga pakej yang lebih murah dan berbaloi 🙂

 

Kyoto Yodobashi Shopping Mall Tempat Beli Kamera Murah

 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.