Site icon Travel Blogger Malaysia

Ladang Alam Warisan Di Seri Menanti Negeri Sembilan

Melancong ke Ladang Alam Warisan Di Seri Menanti Negeri Sembilan? Tempat ni ada resort ke? Apa yang menarik di Ladang Alam Warisan Seri Menanti ni? Macam-macam soalan yang mula timbul bila MrJocko menuju ke tempat ini.

Masuk sahaja ke kawasan Ladang Alam Warisan, MrJocko rasa agak terpegun. Satu kawasan yang agak luas disusun dengan landskap padang yang luas dan hijau. Ingatkan padang bola, tetapi rupanya padang untuk kuda-kuda yang ada di sini.

Pertama kali melihat banyak kuda-kuda cantik dilepaskan bebas berlari ke sana-sini di Ladang Alam Warisan. Best!!! Memang best!!! Rasa nak cuba menunggang kuda semakin membuak-buak.

Ladang Alam Warisan Negeri Sembilan

 

ladang alam warisan seri menanti

 

 

Antara produk pelancongan yang ditawarkan oleh Ladang Alam Warisan ini ialah termasuk penginapan cara kampung, makanan tradisional, kuih tradisional, aktiviti memanah, zoo mini, busana pakaian tradisional dan juga tanjak bagi masyarakat Melayu.

Di sebelah kiri, ketika anda memasuki Ladang Alam Warisan, ada 3 buah rumah tradisional Negeri Sembilan yang masih dijaga dengan baik. Dengar kata, rumah ini sudah berusia ratusan tahun. Ia dijadikan lokasi untuk aktiviti atau perhimpunan acara yang besar di Ladang Alam Warisan.

Untuk tiket masuk ke Ladang Alam Warisan, pengunjung dikenakan bayaran RM3 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.

Boleh bawa anak-anak untuk melihat Mini Zoo dan juga melihat baka ayam-ayam yang pelik dan jarang kita dilhat.

 

 

Ini pengalaman untuk anda menginap di sini dan hidup cara zaman dahulu kala. Anda boleh memilih untuk memakai pakaian ‘melayu’ dengan bersamping, tanjak dan juga menunggang kuda. Tidak di lupa aktiviti memanah yang menjadi Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. (Harga untuk menunggang kuda dan memanah boleh semak dengan pihak Ladang Alam Warisan)

Yang menarik, jika anda boleh luangkan makan ‘bersilo’ di Ladang Alam Warisan. Peluang makan dengan bersila, menu masakan orang kampung sejak turun temurun di sini. Nak lebih lagi pengalaman yang mungkin lebih baik, cari masa sesuai ketika Ladang Alam Warisan membuat aktiviti atau persembahan tradisional di sini. Pasti semua orang akan teruja.

Untuk pengalaman baru, ini lokasi yan gsesuai untuk anda cuba bersama kawan-kawan atau keluarga. Lari dari hiruk piruk kesibukan kota dan menginap di kampung yang tenang seperti ini.

Berminat nak tahu lebih lanjut? Layari laman Fanpage Ladang Alam Warisan https://www.facebook.com/ladang.alam.warisan/

 

Exit mobile version