• Mon. Sep 25th, 2023

Ladang Buahan Rayner Stone Fruits Victoria Semuanya Segar

rayner_stone_fruits_11

MrJocko memang suka makan buah. Bila berpeluang singgah di Rayner Stone Fruits Estate ni, memang la satu yang sangat best. Satu ladang ini sangat besar dan mempunyai lebih 350 jenis pokok dan pelbagai buah seperti peaches, nectarines, plums, apricots, tamarillo, pomegranate, persimmon, pepino, feijoa, guava, kiwi fruit, dutch medlar and pelbagai jenis citrus pada musim sejuk.

Rayner Stone Fruits ini dibuka untuk orang awam dan anda boleh ke sini untuk melihat kawasan ladang dengan menaikit kenderaan khas ini (tarctor ride) serta fruits picking.

Memandangkan ia sesuatu yang unik dan pengalaman baru, ia satu aktiviti wajib anda buat jika dah sampai area Yarra Valley dan Buxton, Victoria. Kalau tidak, nyesal sebab mungkin anda tak akan jumpa lagi tempat dan ladang sebagus ini.

Baca : Aktiviti Menarik Di Australia

Ladang Buahan Rayner Stone Fruits Victoria

Rayner Stone Fruits Victoria

 

Rayner Stone Fruits Victoria

 

Rayner Stone Fruits Estate
Buah Plum

 

Rayner Stone Fruits Estate

 

Tak dapat nak bayangkan dengan kata-kata bila MrJocko perbeluang dengan sendiri melihat pokok-pokok peaches, nectarines, plums, apricots, tamarillo, pomegranate, persimmon, pepino, feijoa, guava, kiwi fruit, dutch medlar dan pelbagai jenis citrus depan mata. Paling teruja bila boleh petik sesuka hati buah mana satu yang nak di makan.

Untuk tiket masuk dan juga Tractor Ride di Rayner Stone Fruits Estate, anda dikenakan bayaran AUD25 untuk dewasa dan AUD18 untuk kanak-kanak. Bagi aktiviti dan pengalaman fruits picking, anda dikenakan bayaran AUD5 untuk setiap kilo yang anda petik. Sudah pasti buah ini sangat segar dan masih ‘crunchy’ sebab anda petik sendiri dari tangkai atau dahan. Sedap dan manis…

 

Rayner Stone Fruits Estate
Buah Peach Kuning

 

Rayner Stone Fruits Estate

 

Rayner Stone Fruits Estate

 

Rayner Stone Fruits Estate

 

Rayner Stone Fruits Estate

 

Rayner Stone Fruits Estate
Aiskrim Plum yang sedap!!!

Antara aktiviti yang paling best, bila dapat makan buah Peach ini terus dari pokok. Tak payah nak pegang, gigit jer terus masa kat tangkai atau dahan,,, Yum Yum !!!! Terima kasih buat Emirates dan Tourism Victoria atas jemputan ini 🙂

 

Rayner Stone Fruits Estate

 

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

One thought on “Ladang Buahan Rayner Stone Fruits Victoria Semuanya Segar”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.