Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

lagi2 SCAM…

Smlm masa aku duk mamai tunggu masa nak balik keja, tup tup henpon aku berbunyik.
“Hello Incik, En. Rosmadi Shakri, saya dr P**** Agency, Kelana Jaya. Tujuan saya call En. kerana sana nak memberitau bhw En telah memenangi satu Pakej Percutian 5H 4M ke Bali. It’s all free. Just come over to our office dan kami akan bg En. sedikit taklimat dan En. boleh ambik Voucher tersebut.” wahhh, petah betul officer tu ckp…
“Saya menang Voucher? Dr company mana ni? Peraduan apa?
“En ada isi borang lucky draw mana mana peraduan tak sebelum ni?”
“Ada, tp saya tak ingat yg mana satu” aku musykil
“Takkan En tak ingat, tp ada isi kan? Skrg sudah menang” di yakin kan aku
“Yer la, kalau saya menang, dr Peraduan apa? Dan kompeni mana yg bg ni?
“Yg tu saya tak pasti En. Kami cuma agent yg di lantik utk call dan bg En. hadiah ni. Bila En. bleh datang ambik hadiah ?”
“Kalau esok?”
“Boleh, encik datang pagi jam 10, kami bagi taklimat dulu 45 minit dan lepas tu En. bleh ambik hadiah En.”
“Aik taklimat aper pulak?” aku bertambah2 musykil
“Pasal product2 baru kami yg lain”
“Ooo… kalau gitu terima kasih la. Awak ambik la bagi pihak saya. Saya sedekah kat awak. Malas lak saya nak dengar taklimat tu. Terima kasih yer”
“tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuutttt”
Hahaha, gelak aku dgr citer2 scam cam ni. Smua nak menipu. Dah la tak bgtau aku menang peraduan aper, pastu nak kasi taklimat lak pasal new product. Sah sah la aku kena tipu kalau aku pegi sana…
Korang jgn terpengaruh lak. Mana ader org nak kasi benda free oo skang ni… Masa gawat ni, smua org tak der duit. Kompeni pun byk nak tutup, alih2 nak kasi hadiah free. Hadiah ribu-ribu lak tu. Gilo aper.
2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.