Laman Web Google Malaysia Kena Hack Oleh Hackers Pakistan
|
Nampaknya hari ini, seawal pagi MrJocko berminat nak share kisah laman Web Google Malaysia yang baru di godam oleh Hackers atau Penggodam yang mengakui mereka dari Pakistan menggunakan nama Madleets Team.
Semestinya Google Malaysia akan tak senang duduk bila laman web mereka digodam kerana salah satu sebab, ia menunjukkan bahawa Google Malaysia punyai sistem security web yang masih boleh digodam.
Sekarang, MrJocko tertanya-tanya, apakah sebab utama penggodam menggodam sesebuah laman web? Adakah untuk mencuri data, mencuri maklumat atau sekadar menggodam suka-suka? Apa tujuan mereka yang sebenarnya?
Secara peribadi, MrJocko pernah bertemu dengan seorang Hacker anak jati Malaysia dan kerjanya memang hack laman web tertentu. Tugas dia untuk menggodam sesebuah laman web dan memastikan laman web tersebut mempunyai security web yang kuat dan tidak mudah digodam dengan beberapa cara yang biasa. Ia bukan kerja mudah dan ia juga kerja yang berisiko.
Walau apa pun sebab mereka menceroboh dan menggodam laman web tertentu, ia sesuatu perbuatan yang susah untuk dibendung. Setiap hari akan ada hackers baru yang akan mencuba menceroboh ke laman web dan pengkalan data rahsia tertentu. Ada antara penggodam ini dibayar untuk melakukan kerja tersebut dan ada yang membuat kerja-kerja menggodam ini sebagai minat dan kepuasan.