Lamanoc Island Bohol Pulau Misteri Di Philippines
|Bohol, Philippines masih lagi punyai banyak lokasi yang menarik bagi peminat alam sekitar dan juga pengembara. Anda mesti ke Lamanoc Island di Bohol, terletak kira-kira 105 km dari pekan Tagbilaran City, Bohol. Lamanoc Island Bohol antara pilihan ramai pelancong yang mahukan tarikan baru yang misteri dan ia ada tarikan tersendiri tinggalan sejarah lama.
Ada banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di Lamanoc Island termasuk berkayak secara tradisional, mandi-manda atau menyusuri hutan paya bakau ‘Mangroves Bakhaw’ di sekitar Lamanoc Island. Pakej ini banyak ditawarkan kepada pelancong dan anda boleh dapatkan di bandar Tagbilaran atau di Lamanoc Island sendiri.
Menarik Tak Di Lamonoc Island?
Apabila anda melangkah ke dalam Lamanoc Island Bohol, anda akan melihat banyak tumbuh-tumbuhan yang subur dan tebing-tebing batu kapur yang tinggi seakan mengalu-alukan kedatangan anda. Tetapi di dalam Lamanoc Island ini juga, menyembunyikan banyak sejarah dan misteri lama, tapak perkuburan dan kesan tinggalan bijih besi sejak era pra-Sepanyol ketika di Filipina.
Ada banyak gua-gua di sini dijadikan kawasan perkuburan di sini dan ia memang banyak meninggalkan misteri untuk Lamanoc Island Bohol. Sekali lihat, kadang-kadang boleh seram tetapi secara peribadi di sini memang banyak lagi tarikan terutama pemandangan sekitar, pembentukan batu kapur dan lokasi pantai dan laut yang masih cantik.
Bagaimana untuk ke Lamanoc Island Bohol?
Anda Town (Bandar Anda) terletaknya Lamanoc Island adalah kira-kira 100 kilometer dari Tagbilaran. Ia akan mengambil kira-kira 1 jam setengah atau dua jam untuk sampai ke sana dari Tagbilaran City.
Ada beberapa buah bas dan van menyediakan khidmat ke sana. Tetapi, jika anda mahu menyewa teksi atau kereta, ia mungkin lebih baik untuk keselesaan anda.
Dari Anda Town (Poblacion), ia terletak kira-kira lima kilometer ke pintu Pulau Lamanoc, dan anda boleh menyertai Mystic Tour yang ditawarkan di Lamanoc Island. Kos untuk lawatan ialah PHP300 bagi setiap orang.
Entrance Fee
Ada banyak lagi sejarah tentang Lamanoc Island Bohol yang masih lagi misteri dan boleh anda terokai. Memang bagi peminat cerita sejarah atau yang lebih sukakan Mystic Tour, anda boleh luangkan masa beberapa hari di Anda Town dan juga Lamanoc Island untuk dapatkan cerita terperinci tentang kisah-kisah misteri di Lamanoc Island, Bohol, Philippines.
bagi yang jenis takutkan cerita seram, anda terkecuali. Hehehe….
Gempak gilaaa broooo !!! hehhehehe
dulu banyak kes, kalau ambil gambar sekitar kubur area sini, ada banyak entiti misteri yang ada dlm gambar…
kira mcam berhantu,,,
skang tidak lagi,,,