Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Hotel Langka Beach Resort Satun Thailand

Untuk pertama kali MrJocko datang ke Satun, salah satu daerah yang berdekatan dengan Taman Negara Thale, Thailand. Lokasi yang MrJocko tuju ialah Langka Beach Resort, salah satu resort di kawasan perkampungan sekitar pekan kecil Pak Nam, Satun, Thailand. Ini entry Review Hotel Langka Beach Resort Satun Thailand.

Resort ni antara resort atau hotel murah di Satun, Pak Bara. Ia dikendalikan oleh masyarakat Muslim  Thailand dan menyediakan menu masakan Halal. Bilik yang disediakan juga memang diluar jangkaan kerana cantik dan mempunyai servis seperti hotel 3 bintang. Langka Beach Resort Satun ini juga menyediakan sarapan pagi seawal jam 7.00am.

Langka Beach Resort Satun 

 

Langka Beach Resort Satun

 

hotel-murah-di-Satun

 

Langka Beach Resort Satun

 

 

 

Lokasi Langka Beach Resort Satun terletak di tepi pantai dan mengadap Laut Andaman. View laut kat sini memang cantik dan laut yang tenang memang menarik minat sesiapa sahaja yang suka pada kebiruan air laut dan langit yang biru.

 

Ada beberapa jenis bilik boleh anda pilih dari bilik yang berkonsepkan moden, kampung tradisional dan bilik keluarga. Harga pakej setiap bilik tak pasti kerana trip ini ditaja oleh pihak Tourism Authority of Thailand. Yang pasti rasanya harga bilik sekitar RM100 dan ke bawah.

 

Jadi kalau anda nak ke Satun, Thailand, anda mungkin boleh berkira-kira untuk menginap di Langka Beach Resort Satun ini. Yang pasti, nampak macam resort yang eksklusif, walaupun hanya berada di sekitar kampung. Resort ni dekat dengan Jeti yang akan membawa kami ke Koh Lipe dan pulau-pulau sekitar Laut Andaman.

 

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.