Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Langkah Pemulihan Pelancongan Selepas Covid-19 Malaysia

Pihak pelancongan Malaysia, khususnya Tourism Malaysia akan menggunakan ‘jaringan perjalanan serantau’ untuk memulakan Langkah Pemulihan Pelancongan Selepas Covid-19. Ini kerana untuk memberi tumpuan dahulu kepada pelancongan setempat memandangkan perjalanan antarabangsa akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Sehingga hari ini masih belum dapat dijangka, bila agaknya pintu sempadan negara di Asia akan mula dibuka kepada pelancong asing. Rata-rata mengambil langkah selamat, menganggarkan awal tahun 2021 sempadan dunia akan mula dibuka satu persatu.

Baca : Tempat-Tempat Menarik Melancong ke Thailand

pelancongan selepas covid-19

 


Langkah Pemulihan Pelancongan Selepas Covid-19 Malaysia

Langkah Pemulihan Pelancongan Selepas Covid-19 Malaysia copy
 

Pihak pelancongan Malaysia telah memulakan perbincangan dua hala dengan negara-negara jiran untuk membina jaringan perjalanan serantau apabila sempadan antarabangsa setiap negara dibuka semula.

Sekiranya konsep itu berhasil, ia dapat ditiru dengan pengaturan serupa dengan semua negara anggota ASEAN dan negara-negara lain yang bebas dari Covid-19. Konsep ini akan membantu dalam mempercepatkan pembangunan industri pelancongan serantau.

untuk info, negara Malaysia bergantung pada perjalanan intra-ASEAN yang merangkumi 69 peratus kedatangan asing ke Malaysia tahun lalu. Perjalanan intra-ASEAN juga penting untuk kelangsungan dan kelestarian industri pelancongan rantau ini. penduduk Asia Tenggara sebanyak 622,000,000 menyumbang lebih daripada 40 peratus kepada jumlah ketibaan pelancong antarabangsa di rantau ini tahun lepas.

Oleh yang demikian, kerjasama dengan sektor swasta untuk merangsang permintaan pelancongan adalah sesuatu yang penting. Ia akan digerakkan melalui usaha pemasaran dan promosi strategik di platform digital disamping dengan berusaha untuk mengembangkan protokol keselamatan dan kesihatan untuk periode pasca-wabah.
 

Langkah Pemulihan Pelancongan Selepas Covid-19 Malaysia 01

Langkah Pemulihan Pelancongan Selepas Covid-19 Malaysia 02
 

Sebagai contoh, negara Filipina sudah bersiap untuk langkah pemulihan. Protokol normal baru untuk lapangan terbang, syarikat penerbangan, syarikat pengangkutan jalan raya dan penyedia perkhidmatan lain sudah ada dan bersedia untuk digunakan.

Namun buat masa ini, perjalanan domestik menjadi aktiviti pelancongan tertinggi kerana sempadan negara Malaysia masih ditutup dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Oleh itu, para pemain industri dan NTO harus lebih kuat dalam kerjasama untuk membangun kembali keyakinan pelancongan domestik agar ekonomi setempat pulih dahulu sebelum pintu sempadan di buka.

Langkah-langkah jarak fizikal yang ketat, pemeriksaan suhu dan prosedur pembasmian kuman dan sanitasi adalah antara protokol yang wajib dan akan membina semula keyakinan pelancong ketika melancong dimusim wabak Covid-19 ini. Sebab itu, antara langkah terbaik ialah untuk mengurangkan risiko kepada pelancong dengan penggunaan kod QR secara meluas, kawasan pelancongan yang disanitasi dengan berkala serta peguatkuasaan SOP baru dilokasi-lokasi yang menjadi tumpuan ramai pelancong.

Untuk mengetahui informasi pelancongan terbaru di Malaysia, layari www.tourism.gov.my

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.