Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Langkawi Syurga untuk membeli Coklat

Langkawi memang syurga untuk coklat kalau di Malaysia. Kenapa? Sebab ada banyak pilihan coklat yang sedap dan murah di Langkawi sesuai dengan nama Pulau Bebas Cukai. Antara lokasi beli coklat murah di Langkawi ialah di Idaman Suri, Pekan Kuah, Langkawi.

Ini la hasil belian untuk COKLAT sahaja masa aku ke Langkawi bulan October 2011. Sebelum ni aku tak kisah sangat, tapi lepas tengok harga coklat kat KL dan kat Langkawi, terus kami borong.

Ni la tempat famous untuk membeli belah coklat kat Langkawi. Kedai besar Haji Ismail Group atau skang glamer dengan nama HIG yan terletak di Pekan Kuah, Langkawi.

Nak cari kedai Haji Ismail Group ni mudah sajer. Ia terletak betul-betul tengah pekan Kuah. Semua orang Langkawi mesti tahu kat mana kedai HIG ni.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jangan kata Coklat, pinggan mangkuk, beg, cadar, barang-barang cenderamata dan banyak lagi yang ada di jual kat Haji Ismail Group ni. Korang boleh pilih mana yang cantik dan murah-murah. Maklum la, kedai bebas cukai. Itu antara sebab, di sini langkawi, ialah syurga untuk membeli Coklat.

 

Jadi, kalau korang ke Langkawi, lawatan korang takkan sah kalau tak ke Haji Ismail Group. Serius beb,,, kalau tak nak beli pun, datang singgah jer,,, mesti korang ter”beli”. Hehehe… Bye

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.