Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Naik Garuda Indonesia Airlines Di Lapangan Terbang Silangit Sumatera

Ada lapangan terbang baru di tengah Sumatera. Ia terletak berdekatan dengan Danau Toba dan bertujuan untuk menaikkan lagi pelancongan di sekitar Danau Toba, Berastagi, Pulau Samosir dan kawasan sekitarnya. Ini cerita saya, Pengalaman Naik Garuda Indonesia Airlines Di Lapangan Terbang Silangit Sumatera ke Lapangan Terbang Kualanamu.

Kalau tidak silap, lapangan terbang Silangit ini (Bandar Udara Silangit) sudah ada sejak dari zaman penjajahan Jepun. Masa itu ia punyai landasan yang pendek sahaja. Ia lebih kepada lapangan terbang untuk penerbangan domestik dan pesawat kecil. Tetapi, akhir tahun 2016, ia diperkemaskan lagi dan meluaskan ‘route’ laluan penerbangannya seperti ke Medan, Jakarta dan juga Batam.

Baca : Tempat-Tempat Menarik Di Medan Indonesia

 


Lapangan Terbang Silangit Sumatera

Pengalaman Naik Garuda Airlines Di Lapangan Terbang Silangit Sumatera
 

Silangit Airport is an airport located in Siborong-Borong, North Tapanuli, North Sumatra, Indonesia. The airport has a runway of 2,250 m × 30 m to be extended to 2650m by 45m by 2016 end to boost tourism.

Dengar kata, dalam beberapa bulan lagi, lapangan terbang ini akan mengendalikan penerbangan antarabangsa untuk membuka lebih ruang kepada pembangunan ekonomi pelancongan di kawasan Sumatera Utara ini.

 

Lapangan Terbang Silangit Sumatera
Bandara Silangit Sumatera

Pengalaman Naik Garuda Airlines Di Lapangan Terbang Silangit Sumatera Pengalaman Naik Garuda Airlines Di Lapangan Terbang Silangit Sumatera Pengalaman Naik Garuda Airlines Di Lapangan Terbang Silangit Sumatera
 

MrJocko menaiki penerbangan dari Bandara Silangit ke Bandara Kualanamu Medan dengan menaiki pesawat Garuda Indonesia Airlines. Memandangkan kalau menaiki bas atau kereta, dari Parapat nak ke Medan memakan masa hampir 4 atau 5 jam. Tetapi dengan penerbangan Garuda Indonesia Airlines menggunakan Bandara Silangit, ia hanya memakan masa selama 30 minit perjalanan menuju ke Lapangan Terbang dan 30 minit penerbangan untuk sampai ke Kualanamu Airport.

Untuk info, dari Lapangan Terbang Silangit Sumatera ini ada 5 syarikat penerbangan beroperasi di sini termasuk Garuda Indonesia Airlines, Batik Air, Susi Air, Sriwijaya Air dan juga Wings Air. Buat masa ini. kesemua penerbangan di sini adalah penerbangan domestik. 

 

Pengalaman Naik Garuda Airlines Di Lapangan Terbang Silangit Sumatera Pengalaman Naik Garuda Airlines Di Lapangan Terbang Silangit Sumatera Pengalaman Naik Garuda Airlines Di Lapangan Terbang Silangit Sumatera Pengalaman Naik Garuda Airlines Di Lapangan Terbang Silangit Sumatera

 

Bangunan Lapangan Terbang Silangit Sumatera masih lagi kecil dan hanya memuatkan satu ruang untuk kaunter check-in yang mempunyai 5 kaunter utama. Satu laluan untuk masuk dan satu ruang menunggu yang besar dengan 2 pintu ‘Boarding Gate’.

Namun ia masih selesa dengan kemudahan fasiliti lain seperti kedai serbaneka, tandas, surau, kemudahan wifi dan ruang untuk pengecasan telefon.

 

Lapangan Terbang Silangit Sumatera
Pemandangan Danau Toba Dari Udara

Pengalaman Naik Garuda Airlines Di Lapangan Terbang Silangit Sumatera

 

Laluan untuk ke pesawat juga boleh dikatakan agak selesa dan memuaskan. Belum ada air bridge tetapi ia memang memuaskan.

Lagipun, pengalaman menaiki Garuda Indonesia Airlines dari Bandara Silangit ke Bandara Kualanamu memang awesome dengan pemandangan cantik Danau Toba. menakjubkan dan ia memang satu pengalaman terbaik terbang di ruang udara Sumatera Utara.

InsyaAllah kalau ada peluang, boleh lagi cuba menaiki penerbangan di Bandara Silangit Sumatera.

Bandara Silangit Sumatera : https://id.wikipedia.org/wiki/Bandar_Udara_Silangit

Untuk kisah kembara MrJocko ke Medan, baca entry lain di sini : http://www.mrjocko.com/tag/medan

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.