Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Terkini Larangan Berbasikal Di Lebuhraya Malaysia Saman Hingga RM2000

Isu Viral sejak beberapa bulan yang lepas, kini sudah mendapat reaksi terbaru dari pihak PDRM. Larangan Berbasikal Di Lebuhraya Malaysia, pesalah boleh di saman sehingga RM2000 jika tersabit dalam kesalahan tersebut. Kesalahan tersebut sebenarnya boleh membahayakan nyawa penunggang basikal dan pengguna lebuhraya yang lain.

Berikutan tular beberapa gambar dan video segelintir penunggang basikal yang memasuki lebuhraya untuk mengayuh basikal, ia mendapat komen, kritikan dan reaksi dari banyak pihak termasuk Jabatan berkaitan dalam melarang penggunaan basikal melalui lebuhraya demi keselamatan bersama.

Baca : Perlumbaan Basikal Le Tour de Langkawi

 



 

Larangan Berbasikal Di Lebuhraya Malaysia Saman RM2000

Larangan Berbasikal Di Lebuhraya Malaysia 01
Ini Bukan Lebuhraya Tapi Jalan Persekutuan

 

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menegaskan bahawa kesalahan pengguna yang tidak mematuhi arahan Papan Tanda dari pihak berwajib boleh dikenakan Saman dari RM300 sehingga RM2000

Apa yang difahamkan, hanya dengan kebenaran pihak berwajib sahaja, basikal boleh digunakan di Lebuhraya seperti penganjuran pertandingan dan aktiviti lain yang telah mendapat kebenaran dari pihak Polis dan pihak berwajib lain. Jika tidak, tiada basikal dikecualikan dari menggunakan lebuhraya di Malaysia.

Setakat ini, penggunaan basikal di jalan kampung, jalan persekutuan dan jalan yang bukan lebuhraya tidak menjadi masalah. Walaupun begitu, pengguna dinasihatkan supaya tidak melanggar peraturan jalanraya yang telah ada seperti lampu isyarat.

Sumber : Berita Larangan Berbasikal di Lebuhraya Astro Awani

KENYATAAN MEDIA PENGARAH JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK
Larangan Berbasikal Di Atas Lebuh Raya

Larangan Berbasikal Di Lebuhraya Malaysia 02

Larangan Berbasikal Di Lebuhraya Malaysia 03
Kenyataan Rasmi PDRM Berbasikal di Lebuhraya

Larangan Berbasikal Di Lebuhraya Malaysia 04
 

Memang sejak beberapa bulan kebelakangan ini, ramai yang semakin aktif berbasikal. Aktiviti berbasikal semakin menjadi viral dengan beberapa laluan favourite menjadi pilihan penunggang basikal seperti Jalan Karak Lama, Jalan Gombak, Jalan Genting Peras, Persiaran Putrajaya, Mayor Hill, KLCC dan banyak lagi.

Berbasikal tidak salah, tetapi sebagai rakyat yang mempunyai tanggungjawab, kita haruslah mengutamakan keselamatan diri dan juga keselamatan pengguna lain serta mematuhi peraturan-peraturan jalanraya yang lain.

Sebaiknya, setiap kali ketika menunggang basikal, jauh atau dekat, hendaklah kita memaakai pakaian yang bersesuaian. Sebagai contoh, pakaian yang selesa, dan pakaian yang terang. Basikal juga digalakkan untuk mempunyai aksesori keselamatan tambahan seperti, menggunakan lampu dan helmet sebagai langkah keselamatan.

Ingat, berbasikal untuk kesihatan dan aktiviti santai, jangan sampai kita lalai. Kerana jika kita lalai seketika, ia mungkin akan membawa padah kepada kita dan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.