Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Last Day Johor Media Race 2016 Tourism Malaysia

Media Trip kali ini dari Putrajaya menuju ke Johor memang agak menarik. Dah dua tiga hari, sedar-sedar sudah sampai last day Johor Media Race 2016, akan tamat di Johor Bahru. Lokasi yang kami tuju, dari Desaru menuju ke Nusajaya, Puteri Harbour dan seterunya bandar JB.

Banyak sekali pengalaman yang MrJocko boleh kumpul sejak dari Muar, Kota Tinggi menuju Desaru dan kini berada di Johor Bahru, kotaraya yang agak sibuk selepas Kuala Lumpur. Johor Bahru juga adalah pintu masuk dari sebelah selatan khas buat rakyat Singapura, terkenal dan memang menjadi pusat ekonomi yang semakin pesat dari hari ke sehari.

Johor Media Race 2016 Tourism Malaysia

Baca : Makan Sate Popular di Muar, Johor

 


Johor Media Race 2016 Tourism Malaysia

Dari Muzium Nelayan Tanjung Balau menuju ke Johor Bahru tidak la jauh sangat, memakan masa sekitar 1 jam perjalanan. Kalau dulu, jalan lama akan memakan masa hampir 3 jam, tetapi kini jika dengan menaiki kereta merentas Jambatan Sungai Terpanjang Terpanjang di Malaysia, anda cuma perlukan sekitar 1 jam sahaja dari Desaru menuju ke Johor Bahru.

Memandangkan hari terakhir untuk Johor Media Race 2016, kami terpaksa melalui banyak checkpoint sebelum menamatkan pertandingan ini. Dari Muzium Nelayan, kami ke Somerset Medini di Nusajaya. Selepas Solat Jumaat, kami berkejar ke Legoland Malaysia dan menyiapkan 2 task yang memang awesome termasuk menaiki Roller Coaster Project X Legoland. Seriau rasanya… Hahaha!!!

johor media race 2016 last day 02 johor media race 2016 last day 03 johor media race 2016

Dari Legoland Malaysia, berkejar kami ke Hello Kitty Town untuk menyiapkan task di sana. Belum sempat hilang mengah, belum habis kering peluh, kami kena ke Angry Bird di JBCC di tengah bandar Johor Bahru. Agak jaug dari Nusajaya dan Puteri Harbour, tetapi disebabkan ada lebuhraya, mudah sahaja untuk akses dari Nusajaya ke JB.

Selesai tugasan terakhir, baru kami menuju ke Swiss Inn Johor Bahru untuk lokasi penginapan kami untuk hari terakhir di Johor. Alhamdulillah, nampaknya, kami antara pasukan terawal siapkan tugasan. 

Check-in, masuk bilik dan bersedia untuk makan malam dan Majlis Penutup Johor Media Race 2016 malam ini di Dewan Ballroom Holiday Inn Johor Bahru yang baru. MrJocko menang tak??? Nanti baca entry lepas ini yer…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.