Last payment
|Semalam aku terpaksa ambik halfday. Dah lama dah nak kena pegi finance nak setelkan last payment keta Satria aku. Akhirnya tarikh 8 Nov 2008 keta aku tu dah masuk ke last payment. Mula aku ingat bleh bayar tru online jer, tapi tak leh. Pastu nak bayar kat kaunter pun, tak leh jugak pasal nak kena pegi ke branch yg buat loan tu jugak. Dari sehari ke sehari nak pegi tak sempat psl tak der cuti (tahun lepas). So, hari ni aku ambik hafday, bia smua setel dulu, baru senang hati.
Sampai ke PJ nak carik parking punya la susah, 30 minit aku pusing2 satu PJ tu baru dapat. Pastu nak kena menapak jauh gak ke finance tu. Akhirnya sampai sana tak sampai 5 minit benda dah setel. Bayar, officer tu proses, tekan tu, tekan ni, dah siap. Cuma nak kena dtg lagi 3 hari utk ambik Release Letter dgn Geran Keta. Kalau gitu, hari jumaat ni jer la aku dtg ambik…
Hari ni aku tgk online, dah takder dah. Kira aku dah abis dah bayar keta aku. Alhamdulillah. Tapi, aku kena kasi keta ni kat adik aku gak. Dah lama dah dia pakai, pastu banyak kali jugak dia bayar bulan2. Lagipun Satria, memang tak sesuai utk org yg dah kawin. Sempit…