Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Launch of Smartphone Alcatel Flash 2 Malaysia

Andai anda seorang yang suka bergambar dan memang menunggu smartphone dengan kapasiti kualiti build-in, hasil gambar dari kamera phone terbai serta spesifikasi dalaman yang terbaik, ini mungkin pilihan yang patut anda cuba. Memperkenalkan Alcatel Flash 2 yang baru sahaja dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada 15 October 2015 pada majlis Smartphone Alcatel Flash 2 Malaysia.

Setelah berjaya dengan Alcatel Flash, Alcatel Flash Plus dan kini ia kembali untuk menjadi milik anda dengan ciptaan terbaik untuk anda semua. Rekaan bentuk smartphone yang perfect in hand, fungsi kamera GSight, Profile Cam, Multi-feature Cam serta diperkuatkan dengan Operating System Android Lollipop.

Alcatel-Falsh-2-Malaysia

Yang bagus tentang Alcatel Flash 2 ini, ia datang dengan rekaan pegangan tangan yang selesa dan sesuai dengan tapak tangan. Fungsi kamera gSight yang lebih kualiti walaupun dibawah cahaya yang rendah ‘low light’ untuk kualiti gambar yang cantik. Untuk peminat selfie, kamera depan Alcatel Flash 2 dibina dengan Flash untuk hasil gambar selfie yang lebih jelas walaupun di waktu gelap. Ia dibina dengan bukaan besar ‘aperture’ f2.o, cukup untuk kualiti gambar yang sharp.

Multi-feature Camera memberikan anda pilihan untuk memilih sendiri setting yang sesuai dengan apa yang anda mahu. Ada orang mahukan setting berbeza untuk dapatkan kreativiti gambar ketika selfie atau rakaman gambar biasa. Fungsi ini berikan anda kelebihan untuk edit gambar dalam smartphone dan terus kongsi di laman sosial.

Beli Alcatel Flash 2 di Lazada Malaysia

Alcatel-Falsh-2-Malaysia alcatel-flash-2-review-02 alcatel-flash-2-review-03 alcatel-flash-2-review-04 alcatel-flash-2-review-05 alcatel-flash-2-review-06 alcatel-flash-2-review-07

Spesifikasi Alcatel Flash 2

Lihat sahaja spesifikasi smartphone terbaru Alcatel Flash 2 ini dan anda pasti akan terpegun. Antaranya : 

Display : 5.00-inch

Processor : 1.3GHz

Rear Camera : 13-megapixel

Front Camera : 5-megapixel

Resolution : 720×1280 pixels

RAM : 2GB

OS : Lollipop Android 5.1

Internal Storage : 16GB

Battery capacity : 3000mAh

Anda mungkin terkejut dengan harga yang ditawarkan. Ia memang mempunyai kualiti yang hampir setaraf nilai RM2,000 pada nilai smartphone jenama lain. Tetapi, dengan produk baru Alcatel One Touch ini, dengan bangganya pihak Alcatel mengumumkan bahawa Alcatel Flash 2 dijual dengan hanya harga retail RM549 sahaja, complete dengan set lengkap termasuk peranti, cable charger, earphone dan aksesori wajib lain. 

Wow!!! Cuma RM549

Bagaimana untuk beli atau mendapatkan smartphone Alcatel Flash 2 ini???

Smartphone ‘prime’ model ini, Alcatel Flash 2 hanya akan dijual melalui laman jualan online Lazada Malaysia. Model ini akan mula dibuka jualannya pada 26 Oktober 2015 dari 10.00 pagi sehingga 2.00 petang. Untuk tempoh masa ini, Alcatel Flash 2 akan dijual dalam warna Volcanic Grey dan Mica White.

Sememangnya, Malaysia adalah pasaran market yang penting buat Alcatel kerana perkembangan pesat dalam jualan pasaran smartphone. Dengan penambahan kualiti yang sangat lebih baik dan nilai harga smartphone Alcatel Flash 2 hanya RM549 di Lazada Malaysia, Alcatel yakin akan berjaya menambat pilihan peminat smartphone Malaysia yang menantikan smartphone yang berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan.

Maklumat lanjut, layari www.alcatelflash.com/flash-2/ dan jual laman web www.lazada.com.my.

Alcatel-Falsh-2-Malaysia Alcatel-Flash2-Gallery-17 Alcatel-Flash2-Gallery-21

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.