Lawatan Kali Kedua Ke Taman Simalem Resort Danau Toba
|Rezeki kami sekali lagi dapat singgah di destinasi Resort terbaik di Sumatera Utara. Lawatan Kali Kedua Ke Taman Simalem Resort Danau Toba tidak mengecewakan. Kalau sebelum ini, kami sampai di sini pada waktu yang agak dingin, kali ini juga kami sampai dalam cuaca yang terang, tetapi masih dingin dengan hembusan angin dari Danau Toba.
Cadangan asal, kami akan bermalam di Taman Simalem Resort Danau Toba, namun disebabkan tidak cukup bilik dan ada tempahan awal dari kumpulan lain, kami terpaksa mengalah. InsyaAllah, kalau ada rezeki kami akan berpeluang menginap di Taman Simalem ini.
Baca : Pakej Murah Ke Medan Indonesia
Taman Simalem Resort Danau Toba
Kali pertama sampai di Taman Simalem Resorts ialah pada tahun 2015. Masa ni, kami singgah sempena jemputan dari Dinas Pariwisata Sumatera Utara. Masa tu pun kami tak berpeluang untuk menginap di sini sebab ia didalam pengubahsuaian.
Nak baca cerita MrJocko ketika mula-mula sampai di Taman Simalem Resorts Danau Toba boleh baca di sini http://www.mrjocko.com/2015/09/taman-simalem-resorts.html
Sewaktu MrJocko sampai langit cerah. Kalau dulu, kami sampai masa hujan renyai. Kali ini awan memutih dengan langit membiru. Memang cantik. Suasana resorts di sini memang memukau sesiapa sahaja.
Tidak hairan lah, walaupun terletak di lokasi yang agak jauh dari Kota Medan, tetapi ramai pelancong dari luar negara sanggup ambil pakej bermalam di sini. Jangan risau, jika berminat dengan pakej penginapan di hotel Taman Simalem Resorts Danau Toba ini, harganya berpatutan dengan pakej makan dan minum.
Bagi seorang Golfer, ada pilihan untuk merasai pengalaman bermain di padang golf Taman Simalem dengan kemudahan 9 Lubang. Gorat Ni Padang 9-Hole Golf Course ada menyediakan pengalaman 9 lubang dengan Par 34 bagi mereka yang berminat untuk mencuba skills di sini.
Harga pakej Golf 9 Lubang Taman Simalem Resort bermula dari harga hanya IDR150,000 (MYR50) sahaja dan Caddy Golf (Kanak-kanak) IDR200,000 (MYR65). Untuk tetamu hotel dan tetamu resort, anda dibenarkan untuk bermain Golf di sini secara PERCUMA.
Ada pilihan baru yang boleh korang nikmati di Taman Simalem Resort ini. Ada kebun Bunga Matahari yang mungkin akan menjadi pilihan ramai pengunjung. Jika anda bernasib baik, bunga Matahari akan kembang cantik dan tetamu resorts boleh singgah untuk bergambar dikawasan yang disediakan ini.
Kalau nak tempah bilik dan pakej percutian di Taman Simalem Resort boleh layari laman web www.tamansimalem.com.
Entry ini meyokong promosi pelancongan Indonesia Tourism dengan kerjasama Indonesia Embassy Kuala Lumpur #WonderfulIndonesia #PesonaIndonesia