Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Lawatan Ke Lokasi Muzium Satun Geopark

Destinasi lawatan kami kali ini agak berbeza. Bukan sekadar muzium biasa, ia muzium yang menempatkan informasi berguna tentang geologi kawasan Satun, salah satu destinasi yang menyimpan banyak sejarah terbentuknya Satun. Kami berpeluang melawat ke lokasi Muzium Satun Geopark, Selatan Thailand.

Pusat maklumat pemuliharaan tapak geologi merupakan projek penting dan berguna di Wilayah Satun. Fungsinya adalah sebagai tempat untuk pusat perkhidmatan akademik, perhubungan awam, promosi pembelajaran saintifik, penyertaan belia dan aktiviti kesedaran penduduk tempatan dalam pemuliharaan sumber semula jadi.

Baca : Restoran Halal Terbaik di Pak Bara Satun Thailand

 


Lokasi Muzium Satun Geopark

Lokasi Muzium Satun Geopark

Lokasi Muzium Satun Geopark

Nak tengok fossil haiwan pra-sejarah, boleh datang ke Satun Geopark

Satun Geopark diperlukan untuk bersedia untuk mendapatkan geopark global sebagai tahap dunia yang luar biasa. Ia merupakan pusat pembelajaran penting, pekerjaan dan tarikan pelancongan terkenal di peringkat wilayah, nasional dan global.

Muzium Satun Geopark terletak kira-kira 38km dari pekan Pak Bara. Ia berada di kawasan bukit bukau Batu Kapur dan bersempadan dengan Trang.

Di sini tersimpan banyak informasi penting tentang kisah sejarah terbentuknya Satun. Bersebelahannya, ada bangunan berkaitan Thungwa Ancient Elephant Museum.

Lokasi Muzium Satun Geopark

Lokasi Muzium Satun Geopark

Ini kali kedua MrJocko ke Satun. Tak sangka, sebenarnya Stun kaya dengan tinggalan haiwan purba yang hidup sejak jutaan tahun yang dulu. Kawasan Stun ini dikatakan mempunyai ribuan tinggalan fossil haiwan-haiwan pra-sejarah yang terkenal.

Kalau diikutkan dari apa yang dikongsi, Satun dahulu adalah antara kawasan laut yang menyimpan khazanah haiwan prasejarah yang pelbagai. Kalau nak tahu, Buaya dan Belangkas antara haiwan pra-sejarah yang masih hidup hingga ke hari ini.

Lokasi Muzium Satun Geopark

Lokasi Muzium Satun Geopark

Lokasi Muzium Satun Geopark

Lokasi Muzium Satun Geopark

Lokasi Muzium Satun Geopark

Lokasi Muzium Satun Geopark

Lokasi Muzium Satun Geopark

Lokasi Muzium Satun Geopark

Lokasi Muzium Satun Geopark

Lokasi Muzium Satun Geopark

Baca : MrJocko dan Tempat Menarik di Thailand

Kudos kepada mereka yang terlibat dalam mengumpul bahan-bahan menarik untuk tatapan umum. Informasi yang dikongsi di Satun Geopark Museum ini mungkin tak ada dalam buku sejarah lain. Ia satu informasi berguna kepada generasi yang akan datang. Mungkin tidak ramai yang tahu sejarah geologi yang menarik ada di Satun.

Kalau setakat sejarah pemerintahan dan kisah perang di Thailand, mungkin sudah banyak, tetapi cerita yang berkisar kepada pembentukan geologi Satun memang satu yang menarik untuk di terokai oleh pelancong asing seperti kami, orang Malaysia.

Alamat : Satun Geopark Museum 32/5 416, Tambon Thung Wa, Amphoe Thung Wa, Chang Wat Satun 91120, Thailand

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.