Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tips Membeli Lebih Banyak Bintang Lebih Banyak Jimat Tenaga Letrik

Selepas lebih 10 tahun, akhirnya televisyen flat screen di rumah saya rosak. Bermula dengan gambar yang bertukar menjadi hijau, kini ia terus gelap dan tidak mampu untuk memberikan cahaya kepada skrin. Akhirnya kami terpaksa akur untuk beli baru. UBagi memilih peralatan elektrik, ada beberapa tips membeli yang kita patut tahu. Antara yang utama, Lebih Banyak Bintang Lebih Banyak Jimat Tenaga Letrik. Apa tu???

Pihak Suruhanjaya Tenaga (Energy Commission) di Malaysia bertindak sebagai badan yang akan memberi taraf kepada peralatan elektrik yang akan dijual di Malaysia. Ia bertujuan untuk mendidik dan memberikan maklumat asas kepada pengguna bahawa setiap peralatan elektrik mempunyai kualiti penjimatan tenaga yang berbeza. Semakin tinggi bintang yang diberi, semkin jimat penggunaan tenaga elektrik peralatan tersebut.

Baca : Flat TV 32 Untuk di Jual Murah

 


Lebih Banyak Bintang Lebih Banyak Jimat Tenaga Letrik

Lebih Banyak Bintang Lebih Banyak Jimat Tenaga Letrik 01 copy
 

Memandangkan sekarang dalam musim PKP dan kami sekeluarga terpaksa memerap di dalam rumah, maka terpaksalah ganti juga TV yang rosak. Kalau tidak, jangan kata anak-anak, kami sendiri pun pasti akan bosan kalau tidak ada TV di rumah.

Mencari alatan elektrik kalau nak mudah, pergi sahaja ke pasaraya besar, InsyaAllah mereka ada banyak piihan. Seperti yang saya beli, model Philips Smart TV saiz skrin 40 inci Full HD. Walaupun ia kecil 2 inci dari TV yang asal, ini saja bajet yang ada untuk TV Flat Screen berharga bawah RM1,000.

Lagipun, ini adalah model yang terbina dengan Digital TV (DTV) dan juga Smart TV Online. Paling menarik, harga promosi untuk model ini cuma RM898 sahaja berbanding harga asal sekitar RM1200.

Kalau mengikut penarafan yang diberikan oleh Suruhanjaya Tenaga, ia mempunyai 5 Bintang dengan Penggunaan Tenaga Purata Setahun cuma 64 kwj (kilowatt-jam). Sangat menjimatkan.

Sila semak informasi berguna di laman sesawang Suruhanjaya Tenaga di bahagian Panduan Label Cekap Pengguna.
 

Lebih Banyak Bintang Lebih Banyak Jimat Tenaga Letrik 04
Harga TV LCD dan Harga Samrt TV Malaysia

Lebih Banyak Bintang Lebih Banyak Jimat Tenaga Letrik 03
 

Garis Panduan Pelabelan Kecekapan Tenaga untuk Peralatan Elektrik

Berdasarkan Peraturan Elektrik 1994 (Pindaan 2013) Peraturan 101A (3) “Setiap peralatan yang memenuhi semua persyaratan penggunaan elektrik yang efisien di bawah subperaturan (1) harus dilekatkan dengan label pemeringkatan kecekapan dalam bentuk dan cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya. ”

Semua pengeluar dan pengimport produk berikut: televisyen, peti sejuk, kipas domestik, penghawa dingin, dan mesin basuh mesti melekatkan Label Kecekapan Tenaga ke produk sebelum dapat dijual kepada pelanggan.

Penarafan Tenaga setiap peralatan elektrik di klasifikasikan mengikut penjimatan tenaga elektri yang digunakan. Bermula dengan 1 Bintang untuk yang banyak guna tenaga hingga ke 5 Bintang, paling jimat tenaga.
 

suruhanjaya-tenaga-label

Jadi, ingatlah ya. Kalau nak beli peralatan elektrik seperti TV, Peti Ais, Mesin Basuh dan beberapa alatan elektrik yang lain, lihat dulu penarafan dari Suruhanjaya Tenaga. Kalau dapat 5 Bintang, ia pasti lebih jimat tenaga.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.