Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Lebuhraya CSR Padang Tengku Ke Merapoh Pahang Sejauh 35KM

Lebuhraya CSR Padang Tengku Ke Merapoh Pahang Sejauh 35KM. Lebuhraya Pantai Timur 1 yang menghubungkan Karak sehingga ke Jabor sudah lama siap. Kini, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) juga telah siap menghubungkan Jabor sehingga ke Kemaman dan Kuala Terengganu juga telah siap untuk kemudahan pengguna lebuhraya, khususnya di musim perayaan seperti ini.

Kini, jika anda dari Kuala Lumpur dan menuju ke Kelantan melalui jalan Bentong – Raub – Kuala Lipis – Gua Musang – Kuala Krai – Kota Bharu, anda boleh juga mencuba lebuhraya baru yang dikenali sebagai Central Spine Road (CSR Highway). Lebuhraya baru ini telah di buka dari susur masuk selepas Padang Tengku sehingga menuju ke Merapoh.

Baca : Lebuhraya Kota Bharu Kuala Krai

 



 

Lebuhraya CSR Padang Tengku Ke Merapoh

Lebuhraya CSR Padang Tengku Ke Merapoh Lebuhraya CSR Padang Tengku Ke Merapoh

Lebuhraya CSR Padang Tengku Ke Merapuh

Untuk info pengguna kenderaan semua, laluan Pakej Pertama dan Pakej Kedua Lebuhraya Central Spine Road ini sejauh kira-kira 35 km dan ia menjimatkan perjalanan sehingga sekurang-kurangnya 30 minit dari jalan biasa. 

Dengan siapnya susur lebuhraya CSR Padang Tengku ke Merapoh ini, pengguna jalan tidak lagi melalui jalan bahaya di Bukit Tujuh yang berbukit bukau dan sempit.

MrJocko mencuba laluan tersebut waktu pulang raya beberapa hari lepas dan ia memang lebuhraya CSR yang berkualiti dan belum ada rasanya laluan yang ‘bumping’ atau tidak rata.

Baca : Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai Kelantan

Terima kasih kepada pihak Kerajaan dan berkenaan kerana jajaran laluan ini, ia memudahkan semua pengguna, samada rakyat Pahang dan Kelantan serta pelancong yang akan menggunakan lebuhraya CSR ini dengan selesa.

Lebuhraya CSR ini sebahagian dari RMK10 yang akan membina lebuhraya dari Kuala Krai – Gua Musang – Merapoh – Bentong – Kuala Pilah untuk memudahkan laluan pengguna jalan raya di masa yang akan datang.

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.