Lebuhraya CSR Pakej 5D Tol Bentong Susur Lebu Akan dibuka
|Pengguna jalanraya yang bergerak dari Kuala Lumpur menuju ke Kelantan khususnya, pasti akan gembira bila mendengar berita Lebuhraya CSR Pakej 5D Tol Bentong Susur Lebu Akan dibuka. Ada berita gembira, dimaklumkan oleh pihak JKR Bentong bahawa lebuhraya CSR Pakej 5D akan mula dibuka dalam tempoh 2 minggu lagi, sekitar akhir September 2021. Laluan ini dari bermula dari lebuhraya LPT selepas Tol Bentong ke susur keluar (Exit) Lebu.
“Setelah sekian lama menunggu, akhirnya lebuhraya ini dibuka untuk kegunaan penduduk setempat dan orang ramai. Keputusan pembukaan lebuhraya ini untuk kegunaan awam adalah terletak di bawah bidang kuasa JKR. Sebelum ini saya telah menerima banyak aduan dan permintaan untuk menyegerakan pembukaan lebuhraya ini namun ia tertakluk kepada keputusan JKR. Saya berharap dengan pembukaan lebuhraya ini akan memudahkan lagi perjalanan penduduk dan orang ramai.” Young Syefura Othman
Sumber : Facebook Young Syefura Othman
Baca : Lebuhraya CSR Padang Tunku Ke Merapoh
Lebuhraya CSR Pakej 5D Tol Bentong Susur Lebu Akan dibuka
Kalau sebelum ini, pengguna jalanraya yang memasuki bandar Bentong akan mengalami kesesakkan yang luar biasa serta melambatkan perjalanan tambah lagi dimusim perayaan, kini ia akan lebih mudah dan cepat bagi semua pengguna kenderaan.
Sebelum ini, seingat kami, laluan yang telah menjimatkan banyak masa pengguna lebuhraya dari Bentong ke Gua Musang termasuk laluan Padang Tengku ke Merapoh dan juga laluan Merapoh ke Gua Musang.
Alhamdulillah, saban tahun ia sudah membantu ramai penduduk Kelantan khususnya untuk ke Kuala Lumpur dengan lebih cepat daripada sebelum ini.
Jika mengikut pemanduan biasa pada tahun 1990an, daripada Kuala Lumpur untuk sampai ke Kuala Krai ia akan memakan masa sekitar 8 – 12 jam sekiranya diwaktu puncak musim perayaan. namun kini dengan siapnya laluan baru ini, ia mampu memberikan penjimatan pemanduan sehingga 2 – 3 jam.
Dengan Pelan Pemulihan Negara yang kini akan menuju ke FASA 2 dan kemudiannya mungkin akan cepat menuju FASA 3 dan FASA 4, InsyaAllah, kita semua akan boleh rentas negeri dan balik kampung seperti sebelum pandemik Covid-19.
Nak tahu apa lagi yang ada di dalam jajaran pembinaan Lebuhraya Central Spine Road yang akan melalui Kuala Krai Kelantan hingga ke Kuala Pilah Negeri Sembilan ini, boleh layari Wikipedia CSR Malaysia.