Legoland Taman Tema Untuk Semua
|Tahun 2014 lagi, bayak invitation untuk ke Legoland Malaysia yang terletak di Johor Bahru. Semua terpaksa di tolak sebab semuanya jemputan untuk 1 pax, tidak termasuk family MrJocko. Kalau lelaki macam umur MrJocko ke Legoland sorang-sorang semata-mata nak tengok apa yang ada di Legoland Johor Bahru ini, nak buat apa???
Tapi, pada November 2015, MrJocko dalam aturcara mempromosikan AirAsia ASEAN Pass Traveller dari Kuala Lumpur menuju Johor Bahru, dan kemudian terus ke Yogyakarta sehingga ke Bali. Dalam aturcara ini, kami akan ke Legoland dan melihat apa yang ada di Legoland di Johor Bahru ini untuk tarikan pelancong ke sini.
Ya, walaupun seorang, ditemani rakan-rakan dari Filipina, terpaksa juga redah melihat apa yang ada di Legoland Malaysia, Johor Bahru.
Dari Kuala Lumpur, pihak AirAsia menawarkan banyak penerbangan setiap hari ulang alik dari Kuala Lumpur menuju Johor Bahru. Dari lapangan terbang antarabangsa Senai pula, mudah untuk ke pusat bandar Johor dan juga ke Legoland yang terletak di Nusajaya. Samada anda menaiki kereta sewa pandu sendiri atau boleh menaiki teksi dengan bayaran sekitar RM100 sahaja bagi satu hala.
Sapaan di pintu masuk Legoland Malaysia menyambut MrJocko dengan mesra. Wah! untuk servis ini, memang ia terbaik dan memang mengalukan sesiapa sahaja untuk berhibur di Legoland. Ruang pintu masuk juga agak besar dan memudahkan untuk pelawat masuk.
Dari jauh, kami sudah lihat banyak tarikan yang ada di dalam Legoland Johor Bahru ni. Dari permainan untuk kanak-kanak, remaja, bilik teater persembahan khas, menara bergerak 360 darjah, roller coaster, mini Legoland dan banyak lagi.
Susunan di Legoland ini memang agak mudah, dan jika anak anda dan anda nak pilih ride mana yang nak dicuba, ia sangat mudah tambah lagi disusun dengan melihat kepada Peta dan Brochures Legoland yang di sediakan.
Paling menarik perhatian MrJocko adalah ruang Mini Legoland yang terletak di tengah-tengah Legoland Malaysia. Bagaimana mereka bina bangunan terkenal di Malaysia dan juga sekitar Asia dengan hasil yang begitu menarik menggunakan Lego? Tersusuan cantik dan terbina dengan amat cantik, menarik minat sesiapa sahaja.
Paling mengujakan bila berkesempatan mencuba Roller Coaster dikenali sebagai Dragon Roller Coaster. Wow!!! Kecut perut mulanya nak habiskan satu pusingan di sini, tetapi bila dah habis, terasa nak cuba lagi, hahaha… Paling sempoi bila MrJocko tengok member dalam trip ni, Sha, Patrick dan Isabel rileks ajer,,, Hahaha,,,
Ternyata Legoland Malaysia ni sebenarnya taman tema untuk semua. Kalau dulu, MrJocko berpendapat, ia hanya untuk kanak-kanak dan remaja, tetapi sebenarnya, orang dewasa seperti MrJocko juga masih boleh enjoy hiburan seperti di Taman Tema Legoland ini.
Masa untuk korang dan family pulak ke Legoland Malaysia. Banyak yang boleh kita enjoy dalam Legoland Johor Bahru ini tidak kira usia. Ambik masa sehari dan nikmati keriangan di Legoland bersama keluarga, kawan-kawan atau rakan sekerja 🙂
anak2 dok zikir legoland, nampaknya tahun ni kena bawa ke sana
anak2 paling suka legoland ni