Lelongan Emas Barang Kemas Habib Jewel 13 Disember 2014
|Habib Jewel mengumumkan Lelongan Barang Kemas Habib Jewel dan juga Jualan Akhir Tahun Habib Jewel sempena dengan jualan cuci gudang besar-besaran tahun ini 2014. Ini memang peluang terbaik untuk peminat barang kemas, pelabur emas dan juga mereka-mereka yang ingin membuat tukar-beli emas lama untuk emas baru kerana harga yang di tawarkan oleh Habib Jewel memang berbaloi.
Lelongan Barang Kemas Habib Jewel ini akan bermula esok, Sabtu 13 Disember 2014 bermula pada jam 10.00 pagi bertempat di outlet Habib Jewel Ampang Point, Selangor. Untuk lelongan barang kemas Habib Jewel tahun ini, ia akan dibuka kepada umum atau orang ramai.
Habib Jewel mengumumkan bahawa antara barang yang akan mereka lelong pada hari tersebut termasuk batu permata, berlian dan juga barang kemas. Banyak yang akan di lelong oleh gedung Habib Jewel kali ini dan sudah pasti banyak rekaan yang akan anda minat.
MrJocko pernah beberapa kali beli produk Habib Jewel dan memang banyak produk barang kemas, batu permata dan jongkong emas Habib Jewel ini sangat bermutu tinggi berbanding dengan pengeluar emas yang lain. Paling menarik bila rekaan barang kemas di sini memang ada banyak rekaan baru dan bukan cuma terhad kepada 2 – 3 design sahaja.
Untuk jualan akhir tahun, jualan cuci gudang Habib Jewel, potongan RM15 setiap satu gram memang menarik. bayangkan kalau harga emas sekarang sekitar RM150 segram, selepas diskaun harga akan menjadi RM135 segram sahaja. Jadi untuk emas yang mempunyai berat 50 gram, harga biasa ialah RM7,500, tetapi dengan diskaun hebat Habib Jewel anda cuma bayar RM6,750, penjimatan sebanyak RM750. Banyak tu…
So, jangan lupa ke Lelongan Barang Kemas dan Lelongan Emas Habib Jewel esok di outlet Ampang Point dan dapatkan juga koleksi barang kemas lain dengan harga diskaun RM15 setiap gram oleh Habib Jewel.
Waaa bestnyaaa..murah sangat dah tu..
Kenapalah dia x buat seluruh Malaysia ek..bole gak beli barang seketul huhuhu
Tahun lepas ada kawan kata memang MURAH 🙂