Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Lengang…?

Nampak cam lengang jer?

Aku dengar dah ramai ambik cuti panjang dari semalam. Dan budak2 ofis aku pun ramai dah cuti. Bila dah ramai cuti, sure la nak balik kampung sambut lebaran awal2 kan. Patutnya jalan kat KL ni takdo la jammed cam biasa.

On da way nak balik tadi ingatkan smooth dan jalan clear, skali lebih kurang sama jer? Ramai lagi rupernya warga KL ni yg masih kena kerja cam aku.

Apa pun bwk kereta elok2 bila balik kampung. Jammed atas highway time2 cam gini dah kira asam garam orang balik raya.

Aku plak balik esok atau lusa, InsyaAllah kalu takder aral melintang. Kalau biasa ikut Lebuhraya Pantai Timur, lalu Kemaman dan masuk Kelantan ikut Jerteh trus sampai kampung aku. Biasa 8 jam. Kalau ikut Bentong, Lipis, Gua Musang, Machang dan ke Pasir Puteh dapat la buat 5 jam. Aku slalu drive slow jer.

Tu smua kalau tak jammed. Kalau Jammed, korang sendiri la kira. Dari KL ke Bentong pun dah 2 jam.

Jalan mana korang ikut tahun ni, Selatan ke, Utara ker, Pantai Timur ker, aku wish Happy Driving.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.