Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destination, Best Packages

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Lengkap 2 Dos Vaksin Baru Dapat Travel Ke Langkawi Kedah

lengkap 2 dos vaksin

Lengkap 2 Dos Vaksin Baru Dapat Travel Ke Langkawi kata Menteri Besar Kedah. Apa yang kami faham hanya individu yang lengkap dengan dua dos suntikan vaksin COVID-19 akan dibenar bercuti ke Pulau Langkawi. Mengikut perancangan asal, Pulau Mahsuri ini dijangka akan dibuka kepada pengunjung pada September 2021 ini.

Menteri Besar negeri Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta pihak dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sudah bersetuju membekalkan vaksin mencukupi bagi memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk pulau peranginan itu menerima suntikan vaksin sebelum meyambut kehadiran pelancong.

Baca : Langkawi Pulau Peranginan Terbaik Di Malaysia

 


Lengkap 2 Dos Vaksin Baru Dapat Travel Ke Langkawi Kedah

lengkap 2 dos vaksin,

lengkap 2 dos vaksin,
 

Sekarang, proses untuk mempercepatkan pemberian vaksin kepada lebih 61,000 penduduk Pulau Langkawi yang layak menerima vaksin dijalankan dengan sebaiknya agak perancangan pembukaan kembali Pulau Langkawi pada September 2021 akan berjaya.

Sejumlah 120,000 dos vaksin perlu dibekalkan kepada penduduk Langkawi sebelum dibuka kepada orang ramai.

Sumber : Berita Harian dan Kosmo

Semua pelancong yang mahu memasuki Pulau Langkawi perlu lengkap dua dos vaksin dan mereka yang tidak disuntik atau hanya menerima satu dos suntikan, tidak akan dibenarkan bercuti di Langkawi.

Dalam tempoh dua bulan lagi, perancangan untuk kembali membuka pulau peranginan ini kepada pelancong akan memulihkan kembali industri pelancongan di pulau itu. Ia pasti akan kembali merancakkan sektor pelancongan negeri Kedah dan memberi faedah pendapatan dan peluang kerja kepada rakyat negeri Kedah.

Update : Gambar Nazim Bercuti Di Langkawi Menarik Minat Ramai
 

lengkap 2 dos vaksin,

lengkap 2 dos vaksin,
 

Sektor pelancongan di Langkawi lumpuh selepas 18 Mac 2020 akibat dari perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ekoran wabak pandemik Covid-19. Ia kembali dibuka sekejap bila negara di longgarkan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, namun menjelang awal Januari 2021, seluruh negara kembali dengan PKP yang ketat.

Ekoran dari wabak ini, ramai penggiat industri pelancongan terkesan teruk, rugi berkali ganda dan ramai yang gulung tikar akibat tidak dapat menampung kos operasi dan tiada kerja. Pekerja pelancongan ramai yang diberhentikan dengan kesan ketara penutupan hotel-totel di seluruh negara.

Namun, dengan pemberian vaksin di PPV di seluruh negara yang semakin menunjukkan angka yang semakin banyak, diharapkan proses vaksinasi ini akan segera di selesaikan secepat mungkin. Semoga ia akan memberikan lebih kelonggaran kepada semua rakyat untuk kembali hidup normal, kembali bekerja dan kembali dibenarkan melancong di dalam dan luar negara.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.