Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kami Sudah Lengkap Vaksin Percuma Kanak-Kanak 2022

Selepas menunggu sekian kali, akhirnya masa untuk kami sampai. Dengan kehadiran kami kali ini, Kami Sudah Lengkap Vaksin Percuma Kanak-Kanak 2022. Alhamdulillah, ini saja usaha kami untuk mengekang penularan wabak Covid-19 dan usaha kami supaya kami terhindar dari bahawa virus ini. Mengikut info yang kami terima, hari ini, 15 Mei 2022, hari terakhir untuk menerima dos vaksin Covid-19 secara percuma.

Maklumat yang kami terima, bayaran akan dikenakan bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak selepas Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) ditamatkan pada 15 Mei 2022, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Baca : Pertama Kali Terima Dos Vaksin di PWTC

Sudah Lengkap Vaksin Percuma Kanak-Kanak

 


Kami Sudah Lengkap Vaksin Percuma Kanak-Kanak 2022

Lengkap Vaksin Percuma Kanak-Kanak 2022
 

Khairy berkata pengambilan suntikan terbabit boleh dibuat di mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) berbayar.

Beliau berkata program PICKids tidak dapat dipanjangkan kerana ia melibatkan tarikh luput vaksin, penghantaran daripada pengeluar selain terdapat usaha untuk memperoleh lebih banyak ubat antiviral.

Sumber : Astro Awani PICKids

Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C) mengumumkan pemberian dos pertama di bawah PICKids hanya akan diberikan hingga 15 Mei ini dan tidak lagi ditawarkan selepas tarikh akhir berkenaan memandangkan permintaan rendah vaksinasi yang boleh menyebabkan pembaziran vaksin yang tinggi.

Kami memilih untuk menyokong usaha kerajaan ini kerana ini sahaja usaha yang terbaik buat masa ini. Merasakan keselamatan kami dan anak-anak menjadi kepentingan paling utama, kami setuju untuk menerima dos vaksin bagi kami sekeluarga. Semoga ini menjadi asbab tambahan kami terlindng dari bahaya virs, selain dari kuasa Allah yang paling utama.

Ini adalah dos kedua buat anak bongsu kami dan adalah dos vaksin terakhir bagi anak-anak, mereka sudah lengkap 2 dos setiap seorang. Alhamdulillah.
 

Lengkap Vaksin Percuma Kanak-Kanak 2022
 

Hari terakhir vaksinasi percuma bagi kanak-kanak kami ke sini, nampak ramai ibubapa turut meluangkan masa mengambil kesempatan membawa anak-anak mereka menerima vaksin. Mungkin ramai yang memikirkan, baik datang ketika ia masih percma, berbanding selepas ini yang akan dikenakan bayaran bagi setiap dos.

Walapun ramai, namun nampaknya, rasanya dari waktu pendaftaran, menunggu dan juga masa menerima dos suntikan tidaklah lama. Mungkin kerana pengalaman yang sedia ada membolehkan pengurusan di sini menjadikannya lebih cepat dan terurus.

Alhamdlillah, semua sudah selesai. Semoga selepas ini endemik ini akan kembali menjadi norma baru yang lebih selamat untuk kita semua.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.