Letupan Bom Di Bangkok Mungkin Jejas Sektor Pelancongan
|Semalam, 17 Ogos 2015, sekitar jam 18.55 waktu tempatan berlaku satu letupan bom yang besar yang mensasarkan sebuah kuil Hindu popular di tengah-tengah kota Bangkok. Letupan bom di tengah bandar Bangkok itu menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan mencederakan isnin 123 lebih, kata pihak berkuasa.
Ada maklumat mengatakan 2 orang rakyat Malaysia turut terkorban dalam letupan bom di Bangkok ini.
Mengikut maklumat awal, letupan berasal dari motorsikal yang diletakkan berhampiran kawasan Kuil Erawan (Erawan Shrine) tersebut. Kuil Erawan terletak di sebuah persimpangan yang sibuk berdekatan hotel-hotel popular dan pusat beli-belah dan merupakan destinasi pelancongan utama di Bangkok terutama dalam kalangan pelancong dari Asia Timur.

Seingat MrJocko, semasa aktiviti AABC Photo Rally Bangkok 2015 pada bulan Jun 2015, kami memang melalui kawasan ini. Sememangnya ia adalah kawasan tumpuan pelancong dan menjadi antara nadi pusat pelancongan di Bangkok.
Dengan kejadian letupan bom di Bangkok ini, ia sedikit sebanyak mungkin menjejaskan sektor pelancongan di kawasan Bangkok khususnya.
Namun secara peribadi, sebelum ini, Bangkok antara kawasan yang selamat dan tidak mempunyai banyak masalah. Selama dua kali MrJocko ke Bangkok, anda memang selamat jika berjalan sekitar bandar walaupun di waktu malam.
#PrayForBangkok diharapkan Bangkok akan kembali aman dan tiada lagi insiden seperti letupan bom ini. Ini kerana, Bangkok sememangnya menawarkan banyak lokasi dan destinasi pelancongan yang menarik untuk segenap lapisan masyarakat.
Jika ditanya, adakah selamat untuk melancong ke Bangkok pada ketika ini, di saat selepas letupan bom besar di Bangkok? MrJocko akan kata, ‘Anda mungkin boleh menangguhkan perjalanan anda buat sementara ke Bangkok’. Jika urusan perniagaan, mungkin boleh diteruskan, tetapi jika urusan melancong, mungkin anda boleh memilih destinasi lain seperti Phuket, Krabi, Koh Samui, Pattaya, Chiang Mai atau Chiang Rai.
Atau, apa kata ke Hua Hin, Prachuap Khiri Khan ???
p/s : Teringat melihat gambar percutai Fasha Sanda, Suami dan anak-anaknya bercuti ke Bangkok. Antara lokasi yang mereka lawati ialah ‘Safari World Bangkok’.