Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Resort Lexis Mengalukan Tetamu Yang Lengkap DiVaksin PPN Fasa 2

Resort Lexis Mengalukan Tetamu Yang Lengkap DiVaksin PPN Fasa 2 di hotel-hotel dan resort di Port Dickson, sempena pengumuman terbaru dari Kerajaan Persekutuan, tentang kelonggaran SOP untuk rakyat Malaysia yang lengkap divaksin, untuk merentas di negeri yang sama, dalam fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk Negeri Sembilan, dari 26 Ogos 2021.

Ini berikutan pembukaan Lexis Suites Penang, kepada residen Pulau Pinang yang lengkap divaksin, bersempena dengan fasa kedua PPN di Pulau Pinang, sejak 10 Ogos 2021.

Baca : Harga Pakej Percutian ke Lexis Port Dickson

Lexis Mengalukan Tetamu Yang Lengkap DiVaksin

Resort Lexis Mengalukan Tetamu Yang Lengkap DiVaksin PPN Fasa 2

Resort Lexis Mengalukan Tetamu Yang Lengkap DiVaksin PPN Fasa 2

Resort Lexis Mengalukan Tetamu Yang Lengkap DiVaksin PPN Fasa 2 1
 

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hotel-hotel dan resort Lexis terbuka kepada pekerja essential. Dari 26 Ogos 2021, hotel-hotel dan resort Lexis akan terbuka kepada semua tetamu di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, yang telah lengkap divaksin yang memenuhi syarat mengikut kriteria berikut:

Semua petugas barisan hadapan (frontliner)
Pekerja essential dengan surat kelulusan MITI
Warganegara Malaysia dan warganegara asing yang lengkap divaksin (Fasa 2)

Resort Lexis Mengalukan Tetamu Yang Lengkap DiVaksin PPN Fasa 2 3
 

Individu-individu yang telah lengkap divaksin adalah individu yang telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (seperti Cormirnaty (Pfizer-BioNTech), Vaxzevria (Oxford-AstraZeneca) dan CoronaVac (Sinovac) – individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; atau
Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (seperti COVID-19 Janssen (Johnson&Johnson) dan Convidecia (CanSino) – individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan Kad/Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 dikemukaan sebagai bukti.

Individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah, di hotel-hotel dan resort Lexis, dengan mematuhi protokol kesihatan umum. Para tetamu juga dapat menikmati percutian mereka di persekitaran yang selamat di hotel-hotel dan resort Lexis.

Resort Lexis Mengalukan Tetamu Yang Lengkap DiVaksin

Berikut adalah SOP yang ketat diamalkan di semua hotel dan resort Lexis untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan semua tetamu yang dilengkap vaksin:
Pemeriksaan suhu badan dan polisi wajib memakai pelitup muka sebagai protokol standard

Borang pengisytiharan kesihatan, log masuk tanpa sentuhan (termasuk pengimbasan aplikasi MySejahtera) dan pemeriksaan Sijil Vaksinasi Digital semasa ketibaan
Peningkatan kekerapan pembersihan ke semua permukaan sentuhan tinggi dan kawasan umum yang digunakan oleh para tetamu di seluruh hotel-hotel dan resort oleh kakitangan pembersihan profesional

Penggunaan pembersih dan pembasmi kuman kelas perubatan di seluruh hotel-hotel dan resort.

Kolam renang peribadi di dalam bilik sentiasa dibasmi kuman dan dijaga dengan baik sepanjang masa
Pengamalan jarak sosial dan dine-in yang selamat, serta merta amalan keselamatan makanan yang dipertingkatkan

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.