Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destinations

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Pengalaman Menyusuri Li River Bamboo Rafting Di Guilin China

Guilin antara tempat menarik di China. Untuk mereka yang suka Eco-Tourism, ini antara destinasi yang boleh korang teroka. Untuk beri korang sedikit info tentang Guilin, jom baca Pengalaman Menyusuri Li River Bamboo Rafting Di Guilin China. Li River ialah sungai yang terkenal di Guilin dan menjadi nadi utama masyarakat Guilin sejak dari dulu lagi.

Sungai di Guilin kebanyakkannya sangat jernih. Li River atau dikenali sebagai Lijiang bagi masyarakat tempat ialah sungai yang panjang dan meliputi sejauh kira-kira 83 km. Ia terletak di daerah Guangxi Zhuang iaitu dari bandar Guilin hingga ke Yangshuo.

Baca : Destinasi Menarik Di Guilin Republic of China

Li River Bamboo Rafting Di Guilin China

Pengalaman Menyusuri Li River Bamboo Rafting Di Guilin China

 

Satu aktiviti yang wajib korang cuba di Guilin ialah menaiki Rakit Buluh ataupun Bamboo Rafting di sepanjang sungai Li River. Untuk informasi, ada banyak tempat boleh korang cuba singgah untuk rasai pengalaman ini. Antaranya ialah di Yangshuo.

Harga tiket untuk naik Li River Bamboo Rafting di sekitar Yangshuo ialah bermula dari CNY20 hingga ke CNY200. Ia bergantung kepada saiz rakit buluh dan juga kapasiti berapa orang yang naik. Nak jimat boleh naik ramai – ramai macam MrJocko naik ni, dengan harga sekitar CNY100 hingga CNY200 yang boleh memuatkan sehingga 10 orang

Review tentang Li River Bamboo Rafting boleh baca di TripAdvisor Li River Bamboo Raft

 

Pengalaman Menyusuri Li River Bamboo Rafting Di Guilin China
Li River Bamboo Rafting Di Guilin

Pengalaman Menyusuri Li River Bamboo Rafting Di Guilin China Pengalaman Menyusuri Li River Bamboo Rafting Di Guilin China Pengalaman Menyusuri Li River Bamboo Rafting Di Guilin China

 

Memandangkan masa MrJocko ke sini ialah musim Autumn dan memasuki musim sejuk, suhu sekitar Yangshuo sudah semakin sejuk. Nyaman dan sangat selesa dengan suhu sekitar 18° hingga 22° Celcius. Kalau korang yang tak tahan sejuk memang disyorkan untuk memakai baju sejuk atau sweater.

Lebih-lagi kalau ada angin bertiup, suhu sejuk memang boleh membuatkan korang rasa kesejukkan hingga ke tulang. Tetapi, secara keseluruhan, cuaca di Yangshuo memang nyaman dan selesa.

 

Pengalaman Menyusuri Li River Bamboo Rafting Di Guilin China
Li River Bamboo Rafting Di Guilin

Pengalaman Menyusuri Li River Bamboo Rafting Di Guilin China Pengalaman Menyusuri Li River Bamboo Rafting Di Guilin China

 

Antara tarikan utama di sini ialah pemandangan dari Sungai Li (Li River) yang sangat cantik. Tambahan dengan kabus yang ada membuatkan korang tidak akan puas melihat pemadangan gunung ganang sekitar Li River dengan menyedut udara yang sangat nyaman.

Air sungai di sini pun sangat jernih dan memang jauh beza dengan air sungai yang ada di Malaysia. Ada beberapa tempat, korang boleh lihat lumut yang menghijau segar subur tumbuh di dalam air. Kadang-kadang rasa macam nak terjun untuk mandi, tak tahan lihat air yang sangat jernih.

 

Pengalaman Menyusuri Li River Bamboo Rafting Di Guilin China Pengalaman Menyusuri Li River Bamboo Rafting Di Guilin China

 

Kalau korang bernasib baik, boleh bertembung dengan beberapa Cormorant Fisherman di Li River. Kadang-kadang kalau kena masa, ada beberapa Cormorant Fisherman buat persembahan di sekitar Li River ini. Ia satu persembahan unik sebab mereka menunjukkan cara-cara Burung Cormorant menangkap ikan, tidak ada di tempat lain selain di China dan juga di Jepun.

Cormorant Fishing adalah cara tradisional nelayan air tawar (sungai) menagkap ikan sejak dari dahulu lagi. Sejarah ia bermula tak pasti tetapi ia antara aktiviti yang dilakukan oleh nelayan di China dan Jepun sejak zaman purbakala.

Berbaloi dengan harga, pakej lawatan ke Li River Bamboo Rafting adalah sesuatu yang patut korang cuba. Pengalaman Menyusuri Li River Bamboo Rafting Di Guilin China antara pengalaman terbaik MrJocko tahun ini. Seakan berada di dalam dunia baru, Guilin sememangnya ada banyak lagi yang menarik untuk di teroka. Tidak hairanlah kalau Guilin dikatakan antara lokasi tempat menarik di China dan menjadi destinasi wajib lawat kalau ke Negara China.

Kalau nak ke Guilin, boleh dapatkan Pakej Halal Muslim murah dan berpatutan dengan servis 5 star dari syarikat Travel Agency KSB Travel & Tours Sdn Bhd. Layari laman web KSB Travel untuk pakej-pakej travel yang murah untuk semua golongan.

Jangan lupa baca MrJocko Melancong ke Guilin www.mrjocko.com/tag/guilin. Pakej travel menarik dan murah mampu milik hanya di KSB Travel & Tours Sdn Bhd.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.