Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Gua Warna Warni Li River Crown Cave Guilin Antara Tarikan Pelancong Terbaik Di China

Gua Warna Warni Li River Crown Cave Guilin Antara Tarikan Pelancong Terbaik Di China. Tidak ada di Malaysia, sebab itu korang wajib singgah di sini. Ia merupakan satu lagi produk pelancongan unik dan bertaraf dunia. Gua Reed Flute (Reed Flute Caves), juga dikenali sebagai “Istana Seni Semula Jadi” adalah tarikan dan pilihan pelancong kalau berkunjung ke Guilin, Guangxi, China.

Waktu operasi, ia dibuka seawal jam 8.00 pagi hingga jam 5.30 petang. Dengan tiket masuk CNY120 (RM75) termasuk ride ‘roller coaster’ cara Guilin, ia satu pengalaman yang sangat menarik untuk korang teroka.

Baca : Tempat Best Di Guilin China

Li River Crown Cave Guilin

Li River Reed Flute Caves Guilin

 

Kawasan Li River Crown Cave Guilin ini sebenarnya agak besar kerana ia bersambung dengan Li River (Sungai Li) yang menjadi salah satu daya tarikan pelancong di Guilin. Namun, untuk lebih mudah, cuba dulu alami keindahan warna warni cahaya lampu di bawah tanah Li River Crown Cave Guilin yang menjadi salah satu destinasi pelancongan popular di Guilin.

Banyak highlight dalam setiap itinerary pakej pelancongan ke Guilin, tempat ini, Li River Crown Cave Guilin menjadi antara destinasi wajib untuk di lawati oleh semua pelancong ke Wilayah Guangxi Zhuangzuzizhiqu, China.

 

Reed Flute Caves Guilin Reed Flute Caves Guilin Reed Flute Caves Guilin

 

Penduduk tempatan di sekitar Guangxi Zhuangzuzizhiqu, China menggelarkan tempat ini dengan nama Ludi Yan. Walau nama apa sekali pun, tempat ini memang patut dilawati. Dari mula menaiki Roller Coaster antik ini, dengan tunggangan single atau double, korang akan alami pemandangan alam semulajadi sebelum memasuki ruang gua di Li River Crown Cave Guilin. 

Keluasan gua di sini agak luas dan besar. Jangan risau kerana ia adalah antara lokasi yang selamat dan dijaga untuk aktiviti pelancongan. 

Baca : MrJocko Kembara Halal Muslim ke Guilin China

Reed Flute Caves Guilin
Li River Crown Cave Scenic Spot Guilin

Reed Flute Caves Guilin Reed Flute Caves Guilin

 

Dari tempat berhentinya pit stop Roller Coaster, korang akan berjalan sekitar 10 – 15 minit untuk menikmati keindahan lampu neon dan spotlight dalam gua ini. Sepanjang jalan korang akan teruja kiri dan kanan dengan keindahan lampu warna warni di dalamnya. Belum lagi pandangan gambar atas yang memukau mata.

 

Li River Reed Flute Caves Guilin
Gua Warna Warni Li River Crown Cave Guilin Antara Tarikan Pelancong Terbaik Di China

Reed Flute Caves Guilin Reed Flute Caves Guilin Reed Flute Caves Guilin

 

Sampai di kemuncak, ada ruang agak luas dimana lampu cahaya neon dan spotlight semakin meriah dengan pelbagai cahaya yang terang dan menarik. Kat sini, kalau nak bergambar, antara lokasi yang paling sesuai kerana luas, ada cahaya yang agak terang dan punyai sudut yang banyak untuk dipilih sebagai background yang cantik.

Nak bergambar dalam kumpulan yang besar juga sesuai kerana kawan yang luas dan senang untuk ‘posing’.

 

Reed Flute Caves Guilin Reed Flute Caves Guilin Reed Flute Caves Guilin Li River Reed Flute Caves Guilin

 

Secara peribadi, ia satu lokasi pelancongan yang terbaik di Guilin. Sebenarnya MrJocko tak sangka di sini ada kelebihan yang unik dan sangat asli. Walaupun ia hanya ditambah dengan teknologi cahaya lampu, tetapi keaslian alam semula jadi di sini dipelihara untuk pelancong rasai sendiri.

Ia bukan lokasi mewah, tetapi ia punyai citarasa sendiri yang mungkin akan membuka mata korang tentang inspirasi kembara di negara China. Bukan sahaja sejarah, ia juga kaya dengan tarikan pelancongan alam semulajadi yang terbaik.

Khas buat pelancong Muslim, boleh dapatkan pakej pelancongan Halal Muslim ke Guilin dengan pakej harga murah bersama KSB Travel & Tours Sdn Bhd. Layari lama Fanpage Facebook KSB Travel & Tours atau BBB Travel & Tour Sdn Bhd untuk maklumat lanjut.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.