Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Lifelog Sony Xperia XZ Premium Aplikasi Pintar Pantau Aktiviti Seharian

Antara satu lagi sebab kenapa saya suka kepada smartphone Sony Xperia, kerana ia datang dengan aplikasi terbaik untuk kegunaan semua. Ia di kenali dengan nama Lifelog. Lifelog Sony Xperia XZ Premium Aplikasi Pintar Pantau Aktiviti Seharian. Ia datang percuma dalam peranti smartphone Xperia. Bagi smartphone Sony Xperia XZ Premium, ia sudah lengkap untuk mengira dan mencongak aktiviti anda.

Beberapa bulan lepas, MrJocko ada review smartphone jenama Sony Xperia XZ Premium. Peranti ini adalah smartphone terbaru Sony ketika itu dan ia antara yang terbaik, termasuk kualiti gambar dan juga ‘super slow motion video.

Baca : Product Review Jenama Sony Malaysia

 



 

Lifelog Sony Xperia XZ Premium Aplikasi Pintar Pantau Aktiviti Seharian

Lifelog Sony Xperia XZ Premium Aplikasi Pintar Pantau Aktiviti Seharian

Untuk nak lihat contoh video ‘super slow motion’ dari kamera Sony Xperia XZ Premium boleh lihat contoh di sini.

Bukan itu saja, tetapi kelebihan Sony Xperia XZ Premium, ada aplikasi pantau pergerakkan aktiviti seharian pemiliknya, seperti tempoh waktu tidur, pergerakkan langkah, heart beat rate (BPM), masa berlari, masa memandu, masa mengayuh basikal, malah masa yang anda habiskan untuk menggunakan aplikasi di telefon seperti Facebook, Whatsapp dan lain lain lagi.

Dengan adanya smartphone seperti Sony Xperia XZ Premium ini, pemiliknya tidak perlu memakai tambahan ‘wrist band’ untuk mengukur aktiviti seharian. menakjubkan bila peranti ni boleh congak masa tidur kita dengan masa yang hampir tepat.

Untuk info, Aplikasi Lifelog hanya ada untuk pengguna Android sahaja.

Lifelog Sony Xperia XZ Premium Aplikasi Pintar Pantau Aktiviti Seharian

Lifelog Sony Xperia XZ Premium Aplikasi Pintar Pantau Aktiviti Seharian

Aplikasi Lifelog Sony Xperia ini membolehkan anda membuat perancangan lebih kemas tentang kualiti waktu tidur anda. Ramai yang mungkin tahu, waktu tidur orang dewasa juga adalah penting dan ia boleh membantu kita untuk kekal bertenaga sepanjang hari dengan mengamalkan waktu tidur yang cukup.

Untuk yang aktif bersukan, aplikasi Lifelog Sony Xperia boleh mengira dan membuat analisis mudah tentang pergerakkan anda seharian termasuk, berapa langkah, kalori yang dibakar serta target minima yang diperlukan untuk anda, mengikut umur dan berat yang telah ditetapkan.

Secara mudah, boleh dikatakan, jika anda membuat analisis mudah di aplikasi Lifelog Sony Xperia ini, anda boleh mengawal aktiviti sihat anda setiap masa dengan mudah dan lebih effisien.

Untuk info lebih lanjut boleh dapatkan info lebih lanjut di laman web Sony Mobile https://www.sonymobile.com/global-en/apps-services/lifelog/#gref

Nak tahu apa lagi aplikasi menarik di laman blog MrJocko boleh baca di link seperti di bawah : MrJocko dan Aplikasi Android dan iOS

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.