Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Lift Menara Taipei 101, Pemegang Guinness World Records

Menara Taipei 101

Semasa MrJocko di Taipei, kami berpeluang menaiki ke puncak tingkat 89 menara Taipei 101 yang menjadi kebanggaan rakyat Taiwan. Menara Taipei 101 diistiharkan Menara Ketiga Tertinggi di Dunia selepas Burj Khalifa di Dubai dan Menara Jam Diraja Mekah.

Ada yang lebih menarik tentang Taipei 101 ini, iaitu Lift Penumpang di Taipei 101 diletakkan nama dalam Guinness World Records of The Fastest Passenger Lift dengan kelajuan 17m sesaat dan ia hanya mengambil masa selama 30 saat dari tingkat bawah sehingga ke puncak 508 meter. Wow!!!

 

Menara Taipei 101

 

Menara Taipei 101

Taipei 101 mempunyai keseluruhan 61 buah lift tetapi hanya 2 sahaja yang laju dan termasuk dalam Guinness World Records. Kelajuan 17 meter sesaat boleh disamakan dengan kelajuan 61 km/j. Laju kan? Tapi tak terasa sangat bila anda berada di dalam lift tersebut.

Untuk info, Taipei 101 dibuka secara rasmi pada 31 December 2004 dengan mempunyai 101 tingkat dan ketinggian 508 meter. Ketinggian Menara Taipei 101 hanya mempunyai lebih 50 meter sahaja berbanding Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur.

Info : BBC News

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.