Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

LIVE Camera Pengawasan Oleh Tourism Authority Of Thailand

Semasa melihat satu update terbaru dari rakan MrJocko dari Tourism Authority of Thailand, iaitu Mr Somboon, ia sesuatu yang membuatkan MrJocko rasa teruja untuk sekali lagi ke Thailand. Di dalam laman Pelancongan Negara Thailand, ereka menyediakan beberapa kamera ‘langsung’ dipancarkan terus ke seluruh dunia menggunakan internet untuk tatapan semua.

Antara lokasi yang ada setakat hari ini ialah Chiang Mai, Nangkhai dan Koh Samui. Ada sekitar 4 kamera yang diletakkan khas untuk tontonan umum, melihat apa yang sedang berlaku dilokasi-lokasi pelancongan ini.

Baca : Pesta Songkran di Bangkok Thailand

 


LIVE Camera Pengawasan Oleh Tourism Authority Of Thailand

 

Bagus juga kalau diadakan kamera langsung seperti ini kerana sebagai orang luar, MrJocko boleh melihat dengan jelas apa aktiviti yang sedang berlaku dilokasi LIVE Cam tersebut, walaupun kini berada di Malaysia. Ia juga mungkin menjadi salah satu cara pengawasan kepada jenayah atau hal-hal yang berkaitan.

Mungkin dalam masa yang akan datang, akan ada lebih banyak Kamera Pengawasan CCTV LIVE Seperti ini untuk digunakan bagi tujuan pelancongan, tujuan pengawasan dan banyak lagi untuk perkara-perkara yang baik.

Sebagai pelancong dan orang luar, pastinya jika kita berada di lokasi tersebut akan rasa lebih selamat daripada pelbagai kemungkinan termasuk jika ada kes kecurian, kemalangan atau kes yang tidak sepatutnya berlaku.

Terus terang MrJocko tak pernah lihat LIVE Cam seperti ini ada di Malaysia. Kalau ada, boleh sesiapa kongsi dengan pembaca? Syabas Lembaga Pelancongan Thailand.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.