Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Live Separuh Akhir Pertama Kelantan vs Selangor 2012

Malam ni bakal berlangsung perlawanan bolasepak Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2012 antara pasukan Kelantan menentang Selangor. Kubu Stadium Sultan Muhammad IV menjadi gelanggang pertama kemudian akan berkunjung ke Selangor untuk misi Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2012 minggu depan.
Kalau ikutkan keputusan perlawanan Kelantan vs Felda United minggu lepas, susah jugak nampaknya Kelantan nak menang dengan Selangor. Tetapi, perlu kena ingat, Kubu Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu antara stadium keramat Kelantan.
Selangor pun memang hebat setelah Amri Yahya pun nampaknya semakin menyerlah. Tapi, kapten pasukan Kelantan, Piya pun apa kurangnya.
Yang pasti malam ni MrJocko tengok perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia 2012 Pertama di kaca TV1 jer. Nak ke stadium, jauh sangat. Minggu depan, kalau nampak ok, insyaAllah akan turun bersama kaki bola Kelantan ke Stadium menyokong pasukan The Red Warriors.
Siapa yang takda TV boleh la menonton secara Live Streaming Separuh Akhir Piala Malaysia 2012 di internet melalui saluran Live Streaming Kelantan vs Selangor 2012.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.