Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Logo Hari Merdeka Ke-55 Tahun 2012

Walapun kita masih di bulan Julai, tetapi kita hampir memasuki bulan kemerdekaan dan apa yang MrJocko berbangga bila melihat sudah banyak rumah-rumah dan pejabat yang sudah mengibarkan bendera Malaysia di premis mereka.

Tahun 2012, sekali lagi kita akan sambut Kemerdekaan Malaysia yang ke-55 dan seperti tahun-tahun yang lepas, ada logo khas sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-55 ini.

Dengan gambar logo baru bertemakan 55 Tahun Merdeka 1Malaysia Janji Ditepati, nampaknya Malaysia semakin lama semakin matang dalam menyusuri kemerdekaan negara kita, asalnya Tanah Melayu.

Merdeka logo 2012-55 tahun Merdeka-Janji ditepati
 

Bagi korang yang sudah melihat logo baru kemerdekaan Malaysia ke-55 Tahun 2012, nak tahu maksud dan keterangan logo kemerdekaan 2012 boleh rujuk di atas.

Tapi dengar khabar ramai yang soseh sana sini, katanya ramai yang tak setuju dengan logo tahun ini. Pandangan orang lain MrJocko tak nak citer, MrJocko nak share pandangan MrJocko sahaja.

Logo Merdeka 2012 ni nampak macam ada unsur politik yang berlebihan, tak ada originaliti seperti logo tahun-tahun sebelum ni, dari tahun 1992 hingga tahun 2008.

Logo Sambutan Hari Merdeka 2012

Kalau dulu masa perarakan hari merdeka, ada yang membentuk kombinasi untuk jadi logo kemerdekaan, kalau logo merdeka cam tahun 2012 ni, camana nak bentuk formasi???

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.