Lokasi Air Terjun Berdebu Hulu Dungun Terengganu
|Ada port baru untuk kaki hiking. Cari lah lokasi Air Terjun Berdebu Hulu Dungun Terengganu, terletak di kawasan Hulu Dungun yang berbukit bukau. Destinasi ‘Unseen Terengganu’ yang akan popular selepas selepas pandemik Covid-19. Air terjun yan gsederhana tinggi, kolam yang agak jernih serta pemandangan yang menarik, pasti akan jadi tumpuan.
Terletak jauh ke dalam, pasti yang tahan cabaran mendaki atau tahan dengan stamina boleh jejak kaki ke sini. Lubuk menarik seperti ini, sebenarnya sudah popular di kalangan kaki pancing sekitar Terengganu sejak bertahun. Namun, kini ia kembali popular untuk kaki kembara lasak.
Baca : Tempat Menarik Di Terengganu Malaysia
Lokasi Air Terjun Berdebu Hulu Dungun Terengganu
Untuk memudahkan anda yang nak ke sini, boleh cari lokasi di Google Maps, Air Terjun Berdebu atau Sungai Kelemin. Ini titik paling dekat dengan lokasi sebenar Air Terjun Hulu Dungun ini.
Mngikut jarak dari Kuala Terengganu, ia memakan masa sehingga 2 jam 5 minit dengan perjalanan sejauh sekitar 138km. Tetapi, jika anda dari persimpangan Bukit Besi, ia hanya memakan masa sekitar 1 jam dengan jarak perjalanan sekitar 62km.
Perlu diingat, jika anda nak lebih cepat, boleh menggunakan kenderaan pacuan 4 roda untuk ke puncak melalui jalan lori balak yang sedia ada. Namun, jika anda bercadang untuk berjalan kaki, memanjat, pastikan anda peruntukkan masa sekurang-kurangnya 2 hari 1 malam untuk ke sini.
Kredit Gambar : Back3Basic Instagram
Air Terjun Berdebu terletak di Chemerong, Hulu Dungun. Kawasan ini agak terpencil kerana laluan utama merupakan laluan lori balak. Tempat ini memang tidak popular kerana masih baru dan hanya dikenali oleh penduduk tempatan dan kaki joran tegar. Perjalanan mengambil masa 2 jam menaiki kenderaan pacuan 4 roda ke tempat berkhemah dan mengambil masa 5 jam berjalan kaki ke lokasi air terjun kerana laluan yang telah dibuat untuk ke sana .
Keadaan hujan sekali sekala membuat air sungai tidak begitu jernih. Arus sungai agak deras dan banyak laluan air bukit turun . Perjalanan ke sana agak mencabar dan sesetengah kawasan laluan merupakan laluan gajah. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan sesi lawatan bagi mengenalpasti tempat dan keindahan air terjun berdebu bersama Persatuan Rekreasi Daerah Hulu Terengganu bagi mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk dijadikan tapak program dimasa akan datang.
Sumber : PBSD Hulu Terengganu
Waw pemandangan air terjun yang catik
Menarik! Tak sabar untuk melancung seperti dulu