Site icon Travel Blogger Malaysia

Lokasi Baru Restoran Pokli Mee Celup Dan Coconut Shake

Pertama kali singgah makan di gerai mee celup Pokli Batu Caves ialah bulan November tahun lepas. Lepas tu, tak sempat nak ke sana. Alih-alih, dengar kata gerai ini dah pindah ke Lokasi Baru Restoran Pokli Mee Celup Dan Coconut Shake di Blok A, Flat Taman Sri Batu, Batu Caves, Selangor.

Lokasinya tak jauh pun dari lokasi asal Gerai Pokli Mee Celup yang terletak di belakang Poslaju Batu Caves. Ia hanya sekitar 100 meter sahaja dari lokasi lama. Kini ia berada di bangunan yang lebih selesa, besar dan semestinya lebih cantik.

Pertama Kali singgah di Pokli Mee Celup

Lokasi Baru Restoran Pokli Mee Celup Dan Coconut Shake

restoran pokli mee celup dan coconut shake 04 copy

Menu popular di Restoran Pokli Mee Celup dan Coconut Shake ini pastinya resipi masakan Kelantan, Mee Celup. Dengan kombinasi tambahan air minumam Coconut Shake, ia umpama paduan menu tradisional dan menu moden tetapi dengan harga yang sangat murah.

Bayangkan menu Mee Celup Ayam atau Daging dijual dengan harga hanya RM3.50 semangkuk. Manakala, secawan besar Coconut Shake, cuma dengan harga RM5.00 sahaja. Berbanding lokasi lagi, ada yang menjual mee celup dengan harga RM5 dan Coconut Shake sehingga harga RM8.00.

Mee Celup Udang
Mee Celup Daging
Pokli Coconut Shake Batu Caves
Senarai Harga Makanan di Pokli Mee Celup Batu Caves

Kali ini, saya singgah dengan membawa family untuk mereka rasa sendiri kualiti makanan di Pokli Mee Celup Batu Caves ini. Lagipun, portion menu yang dihidangkan di sini sangat berbaloi dengan harga. Tambah lagi anak-anak MrJocko memang suka makan Coconut Shake.

Rasa dan kualiti makanan nampaknya masih sama. Sangat puas hati, dengan hanya RM3.50, kami dapat merasa mee celup yang masih sedap dengan ramuan yang masih cukup. Coconut Shake pula, terasa air kelapa dengan tambahan aiskrim vanila yang sangat sedap. Cukup puas hati. Satu keluarga makan di sini, tak habis pun RM40. Sangat jimat.

Nak bagi anda semua senang cari, ikut Google Maps ini.

Exit mobile version