Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Lokasi Bazar Aidilfitri Jalan Tunku Abdul Rahman Tahun 2021

Selepas setahun ditutup akibat wabak Virus Corona Covid-19, kini Bazar Aidilfitri yang sinonim dengan musim perayaan di Kuala Lumpur kini kembali dengan norma baru. Atas beberapa faktor dan pengawalan SOP yang ketat, pihak DBKL dan pihak lain yang berwajib telah mengambil keputusan untuk membenarkan operasi Bazar Aidilfitri Jalan Tunku Abdul Rahman Tahun 2021 dengan SOP yang lebih ketat.

Kalau sebelum ini, ia hanya berada di lorong belakang dan di Dataran Merdeka, namun kini lokasi Bazar Aidilfitri tahun ini diubah dengan menambah lokasi di Jalan Tunku Abdul Rahman sebagai lokasi tambahan. Kawasan Bazar Aidilfitri juga dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk mengawal kesesakan di dalam bazar dan mengekang penjarakkan.

Baca : Pasar Malam Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur

 


Bazar Aidilfitri Jalan Tunku Abdul Rahman Tahun 2021

Bazar Aidilfitri Jalan Tunku Abdul Rahman Tahun 2021-01 copy
 

Minggu lepas, kebetulan kami singgah berbuka di Restoran Makanan Korea DubuYo, lepas berbuka dan Maghrib kami singgah di Bazar Aidilfitri Jalan TAR. Alang-alang dah sampai area tu, kami ambil peluang nak lihat sendiri situasi bazar ikonik setiap tahun menjelang hari raya.

Untuk Informasi Pendaftaran Lesen Bazaar Aidilfitri Kuala Lumpur, semak dengan pihak DBKL.

Memasuki ruang pertama, kami masuk bazar yang berada di Jalan Utama, Jalan Tunku Abdul Rahman. Ada dua bahagian di sini dan setiap pintu masuk, semua diwajibkan untuk mematuhi SOP Kementerian Kesihatan yang ketat termasuk memakai Face Mask, Daftar menggunakan MySejahtera atau Menulis dalam Buku dan dilekatkan Sticker Kemasukkan oleh petugas.

Kedudukan gerai juga agak jauh sekitar 1 – 2 meter dari sebelum ini dan pelanggan diwajibkan untuk mematuhi penjarakkan sosial dengan pelanggan lain. Itu peraturan asas.
 

Bazar Aidilfitri Jalan Tunku Abdul Rahman Tahun 2021-03

Bazar Aidilfitri Jalan Tunku Abdul Rahman Tahun 2021-04

Bazar Aidilfitri Jalan Tunku Abdul Rahman

Bazar Aidilfitri Jalan Tunku Abdul Rahman Tahun 2021-10
 

Namun, sepanjang pemerhatian saya sendiri, ia tidak cukup untuk mengawal orang ramai setiap masa. Hampir setiap saat, ada sahaja yang seakan lupa dengan SOP yang ditetapkan. Penjarakkan Sosial kadang-kadang kuran gdari 1 meter, ada yang masuk ikut tepi tanpa mendaftar dan beberapa lagi perlanggaran yang rasanya boleh memberi kesan bahaya kepada orang lain, sekiranya disekitar mereka ada virus Covid-19 yang berkeliaran.

Kami singgah sekejap, beli apa yang patut dan singgah sekejap ke kedai pakaian berdekatan sebelum balik. Ya, ia meriah, namun di luar sana masih ada lagi virus corona yang masih berleluasa. Lain kali, ada rezeki kami singgah lagi dengan pematuhan SOP yang lebih berhati-hati.

Updated 27 April 2021 :

Isu Viral tentang pengunjung beratur panjang untuk masuk ke Bazar Aidilfitri Jalan Tunku Abdul Rahman tular di media sosial. Mmang lebih kurang begitu keadaannya ketika kami ke sana minggu lepas. Di harapkan anda yang nak ke sana, sila lebih berhati-hati dengan SOP yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.