Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Lokasi Snorkeling Di Tanjung Biru Port Dickson Negeri Sembilan

Ramai yang belum tahu bahawa di Port Dickson juga mempunyai lokasi untuk snorkeling yang menarik dan mudah di sekitar persisiran Tanjung Tuan, kawasan Lighthouse lama yang dikenali sebagai Tanjung Biru. Lokasi snorkeling di Tanjung Biru Port Dickson ini terletak berdekatan juga dengan Kem Tentera Tanjung Tuan, kira kira jarak 200 meter dari pantai.

Kawasan snorkeling di Tanjung Biru Port Dickson ini agak besar dan mempunyai spesis batu karang yang agak berbeza dari batu karang di tempat lain. Di sini ada banyak rumpai laut hijau spesis yang tak pernah MrJocko lihat, pemandangan batu karang di kawasan ini banyak berwarna hijau dan jarang sekali dijumpa batu karang yang jenis memanjang dan berbentuk ranting.

Lokasi Snorkeling Di Tanjung Biru Port Dickson 

 

Lokasi Snorkeling Di Tanjung Biru
Lokasi Snorkeling Di Tanjung Biru

 

 

Pengalaman selama 30 minit berenang dan snorkeling di Tanjung Biru ini memang best. Ada beberapa ketika anda boleh pilih untuk snorkeling di kawasan yang dalam atau kawasan batu karang yang dipenuhi kehijauan dibawahnya. Sambil itu boleh memberi anak-anak ikan kat sini makan dengan menggunakan tangan. Umpannya ialah roti sahaja.

Pakej snorkeling dan berenang sekitar Tanjung Biru Port Dickson memang best. Anda boleh menggunakan khidmat bot dan guide dari LLOY Marine Sdn Bhd yang sememangnya sudah berpengalaman dalam perkhidmatan sewa boat dan sukan air di sekitar pantai Port Dickson.

Pakej snorkeling ini, sangat sesuai untuk percutian keluarga dan rakan-rakan anda. Harga untuk sewa bot ini agak murah dan berpatutan. Lokasi Tanjung Biru pula dekat dengan Pantai Teluk Kemang dan cuma mengambil masa selama 10 minit sahaja. Jom cuticuti Malaysia.

Artikel ini menyokong Tahun Melawat Malaysia 2014 dan Port Dickson adalah salah satu destinasi wajib lawat bagi anta pelancong di Malaysia. Selain kebiruan air laut, anda juga boleh menikmati pilihan pelbagai menu makanan tradisi yang sedap di Negeri Sembilan ini.

Oh ya! Masa kami snorkeling di Tanjung Biru Port Dickson ini, kami menginap di Avilion Port Dickson – http://www.mrjocko.com/2013/12/hotel-review-avillion-port-dickson.html

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.