Kat Mana Lokasi Surau Di Incheon Airport Korea Selatan
|Sekiranya anda ke Korea Selatan dan menggunakan lapangan terbang antarabangsa Incheon, anda tak perlu risau untuk solat. Ini kerana di Incheon Airport, pihak pengurusan airport menyediakan surau atau bilik solat (prayer room) untuk Muslim dengan keadaan yang selesa.
Walaupun ia baru, tetapi keprihatinan pihak pengurusan lapangan terbang antarabangsa Incheon boleh dipuji. Bagus bukan bila dapat tahu ada Surau di Incheon Airport.
Anda boleh mencari lokasi surau di Incheon Airport dengan mencari lokasi kedai Caffe Bene yang terletak di tengah- tengah sayap utama Incheon Airport. Paling mudah, anda cari sahaja kedai ‘Caffe Bene’ di pintu pelepasan Gate 24 di Incheon Airport. InsyaAllah anda boleh lihat signboard bilik solat ini dengan mudah.
Lokasi Surau Di Incheon Airport
Lokasi Surau Di Incheon Airport Korea Selatan
Bilik solat atau Surau di Incheon Airport ini memang luas dan ia dilengkapi dengan karpet yang bersih di samping ada disediakan petunjuk Kiblat sebagai panduan anda, pelancong yang baru sampai di lapangan terbang ini. Malahan, lebih selesa bila dalam bilik ini juga di sediakan satu unit Ionizer untuk keselesaan orang Muslim ketika solat di sini.
Anda cuma perlu mengambil wuduk di dalam bilik air berdekatan dan sediakan selipar yang sesuai untuk kemudahan anda. Susah sedikit untuk urusan mengambil wuduk, tetapi sekurang-kurangnya ada bilik untuk solat di Incheon Airport.
Nampaknya, pihak Korea Selatan semakin mengambil berat dan agak bertimbang rasa dengan keperluan pelancong Muslim di negara mereka. Kesedaran seperti ini penting dan berharap ia sedikit sebanyak memberi kelebihan buat semua pelancong Muslim untuk melancong ke Korea Selatan selepas ini dengan kemudahan surau dan bilik solat untuk mereka yang beragama Islam.
Terima kasih buat pengurusan dan pihak berwajib di Incheon Airport yang prihatin tentang kemudahan bilik solat atau surau untuk orang Islam di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ini. Ia memang banyak membantu tetamu dan pelancong Muslim yang berkunjung ke Seoul, khususnya.