Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Lokasi Surau Di Taichung Station Taiwan Tingkat 2 Berdekatan Exit 4A

Sejak pertama kali MrJocko melancong ke Taiwan beberapa tahun lepas, nampak usaha pihak berwajib dalam mempromosikan Pakej Pelancongan Muslim Taiwan. Ia bukan sahaja di Taipei, tetapi juga beberapa destinasi pelancongan utama di Taiwan. Seperti juga Stesen Keretapi di Taiwan, MrJocko nak kongsi tentang Lokasi Surau Di Taichung Station Taiwan.

Menarik kerana sejak beberapa tahun lepas, semakin banyak lokasi Prayer Room disediakan untuk pengguna Muslim di lokasi tempat menarik di Taiwan. Paling ketara, di beberapa restoran halal di Taiwan juga turut menyediakan ruang Solat untuk Pelancong Muslim dan pelanggan mereka.

Baca : Tempat Pelancong Muslim Di Taichung

 



 

Lokasi Surau Di Taichung Station Taiwan

lokasi surau taichung station
 

Walaupun ruang yang disediakan agak kecil, tetapi sebenarnya ia cukup untuk menampung sehingga 10 orang dalam satu masa. Ia sudah cukup selesa untuk pelancong Muslim jika singgah di sini. 

Ruang Solat di Surau Taichung Station ini antara yang agak selesa. Ia lengkap dengan kemudahan aircond, bilik air mesra Muslim, yang mana ada kemudahan untuk mengambil air sembahyang (Wuduk) dan juga sejadah.

Baca Tempat Menarik di Taipei 

 

lokasi surau di taichung station

lokasi surau di taichung station

 

Terletak di tingkat 2, ia memang tingkat yang mudah akses untuk semua. Ia berada di hujung dan berdekatan dengan ruang tandas untuk memudahkan pengguna Surau untuk mengambil Wuduk. Ia juga dekat sahaja dengan akses eskelator untuk ke tingkat 3.

Kalau nak cari lokasi Surau di Taichung Station, cari sahaja di mana letaknya Exit 4A. Ia berada hanya beberapa meter dari pintu keluar tersebut. Mudah sebenarnya nak cari kerana ada signboard tertulis ‘Prayer Room’ di Taichung Station.

 

lokasi surau di taichung station Prayer Room Taichung Station

 

Syarikat Taiwan High Speed Rail Corp (THSR) membuka ‘First Islamic Prayer Room’ (Surau Muslim Pertama) pada bulan September 2015. Secara mudah, Surau ini berada di kawasan ‘stesen bullet train’ di Taichung. 

Urusan menyediakan Muslim Prayer Room Taichung Station ini adalah menggunakan bantuan dan khidmat nasihat dari masyarakat Islam dan dari Masjid Taichung untuk mendapatkan Kiblat yang tepat. 

Dalam bilik yang berlantaikan kayu ini, disediakan arah Kiblat, sejadah, rak dan Quran sebagai tambahan kepada pengguna Muslim. 

Untuk informasi, di Taiwan ada populasi orang Islam (Muslim) antara 50,000 to 60,000 orang. Taiwan juga adalah rumah kedua kepada lebih 220,000 pekerja dari Indonesiayang berkerja di pelbagai sektor di Taiwan.

Nak tahu lokasi Prayer Room Taichung Station, boleh layari link ini Prayer Room Taichung Station Taiwan

 

Prayer Room Taichung Station

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.