The Lost Chambers Aquarium Atlantis Di Dubai Yang Menakjubkan
|
Pertama kali sampai di Atlantis Palm Dubai, MrJocko sangat teruja. Indahnya pemandangan pulau buatan yang dibina menggunakan konsep daun palma dan mengunjur ke tengah lain berpuluh kilometer dari persisir pantai. Di sini, terletaknya Atlantis Palm yang di dalamnya mempunyai banyak destinasi pelancongan menarik di Dubai termasuk The Lost Chambers Aquarium Aquaventure Waterpark Atlantis The Palm Hotel, kediaman mewah dan banyak lagi.
The Lost Chambers Aquarium antara lokasi yang MrJocko sempat singgah. Di sini, dihimpunkan ribuan hidupan laut terbaik untuk di letakkan dalam satu aquarium besar. Ia menakjubkan. Sebuah tangki air laut yang besar ini memuatkan ikan jerung, ikan pari dan ribuan jenis ikan-ikan lain setinggi bangunan 3 tingkat. Wow!!!
Baca : Atlantis Palm Dubai Taman Teman Air Terbak Di Dunia
The Lost Chambers Aquarium
Apa yang menakjubkan MrJocko, tangki akuarium di The Lost Chambers ini dibina dan direka umpama ‘Kota Tinggalan’ dan ia sememangnya menaikkan keindahan aquarium besar ini untuk dinikmati oleh pengunjung. Berada di sini, umpama anda turut berada di dalam akuarium dan seakan selari berenang bersama-sama ikan-ikan di sini.


Apa yang menakjubkan MrJocko, tangki akuarium di The Lost Chambers ini dibina dan direka umpama ‘Kota Tinggalan’ dan ia sememangnya menaikkan keindahan aquarium besar ini untuk dinikmati oleh pengunjung. Berada di sini, umpama anda turut berada di dalam akuarium dan seakan selari berenang bersama-sama ikan-ikan di sini.
Kebiruan air laut ini memang mendamaikan. Samada anda tetamu hotel atau anda memebeli tiket untuk masuk ke The Lost Chambers Aquarium, anda pasti akan dapat merasai kehidupan laut selama anda menatap The Lost Chambers ini.
Harga untuk tiket masuk ke The Lost Chambers untuk mereka yang berumur 12 tahun ke atas ialah AED100. Untuk pakej lain di The Lost Chambers Aquarium Dubai adalah seperti berikut :
Age 12+ | 3-11 | 0-2 | |
The Lost Chambers Aquarium | AED 100 | AED 70 | Free |
Age 6+ | |||
Behind The Scenes | AED 75 | ||
Ray Feeding | AED 175 | ||
Ultimate Snorkel | AED 250 | ||
AGE 8+ | |||
Shark Safari | AED 295 | ||
Age 10+ | |||
Dive Explorer* | AED 950 | ||
Dive Discovery | AED 1,150 | ||
Ultimate Dive* | AED 2,500 |
Maklumat lanjut anda boleh layari laman web : https://www.atlantisthepalm.com/marine-water-park/lost-chambers-aquarium
The Lost Chambers Aquarium Atlantis
Sudah pasti kalau anda ke Dubai, ambil peluang untuk ke Atlantis Palm. Anda boleh menaiki Monorail untuk ke sana dengan hanya bayaran sekitar AED18 untuk satu hala dan nikmati pemandangan Atlantis Dubai yang sangat cantik. Untuk sight seeing, anda boleh jalan-jalan santai di Antlantis Palm Dubai, di sana ada banyak ruang shopping mall sambil menikmati pemandangan Atlantis.
Jom ke Dubai bersama penerbangan Emirates Airline. Untuk anda yang ingin terbang dengan Emirates, dapatkan diskaun khas untuk anda apabila menempah tiket di Emirates Online : – www.emirates.com/my/DTCM
Promosi ini untuk tempahan dari 15 September 2015 sehingga 30 November 2015. Anda boleh terbang dari 15 September 2015 sehingga 31 Mac 2016. Jangan lupa masukkan KOD MYDTCM1 untuk dapatkan diskaun murah tambang penerbangan Emirates Airline.
Booking Dates 15 Sep 2015 – 30 Nov 2015 |
Travel Dates15 Sep 2015 – 31 Mar 2016 | Promotion Code MYDTCM1 |
Vanity URL Link www.emirates.com/my/DTCM |