Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Love River Kaohsiung Destinasi Cinta River Cruise

Pertama kali sampai di Kaohsiung tahun lepas, tahun 2014 MrJocko pernah singgah dan nikmati River Cruise di Love River Kaohsiung ini sambil menikmati pemandangan matahari terbenam (sunset). Kini, rezeki MrJocko kembali lagi ke Love River Kaohsiung untuk kali kedua.

Love River Kaohsiung atau Ai River dalam panggilan warga Taiwan adalah sungai atau terusan di selatan Taiwan. Ia berasal di terusan Daerah Renwu, Kaohsiung City dan aliran sejauh 12 kilometer (7.5 batu) melalui Kaohsiung Harbor. Ia umpama nadi sungai utama di Kaohsiung.

Love River Kaohsiung Destinasi Cinta River Cruise

Love River kini sudah menjadi tulang belakang bandar Kaohsiung. Love River  memainkan peranan yang hampir sama dengan Sungai Thames di London. Ia mempunyai maksud yang besar dalam kebudayaan masyarakat serta penduduk di Kaohsiung. Tidak lupa juga, ia memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ekonomi dan pelancongan di Kaohsiung di mana ia menarik ramai pelancong dalam dan luar negara untuk berkunjung ke Love River.

Di sini, ia mempunyai sebuah taman tepi sungai, Love River Park. Anda boleh berjalan di sepanjang tebing sungai di pusat bandar Kaohsiung City sambil menghirup udara segar. Satu lokasi pasar malam beroperasi di sekitar taman, tapi ia tidak sebesar Pasar Malam Wenhua Road atau Shilin Night Market. Terdapat tiga kafe di luar dan dilengkapi dengan persembahan live band.

Love River Kaohsiung Destinasi Cinta River Cruise Love River Kaohsiung Destinasi Cinta River Cruise Love River Kaohsiung Destinasi Cinta River Cruise love river kaohsiung 05 Love River Kaohsiung Destinasi Cinta River Cruise

Pemandangan dari bot Love River Cruise

Satu Bot (Cruise) boleh membawa kira-kira lima belas orang pelancong dalam satu masa. Kini bot Love River Cruise ini diganti dengan bot kuasa solar, berbanding boat lama yang pernah MrJocko cuba tahun lepas.

Pemandangan ditebing sungai kini sudah dipertingkatkan dengan struktur bandar yang lebih menarik berhampiran sungai, seperti Katedral Holy Rosary, Kaohsiung Bridge, Lampu-lampu dan Mahkamah Daerah Kaohsiung. Acara kebudayaan seperti konsert dan Pesta Tanglung sering diadakan di tepi sungai, berhampiran Love River Kaohsiung.

Love River Kaohsiung Destinasi Cinta River Cruise
Gondola di Love River

Love River Kaohsiung Destinasi Cinta River Cruise Love River Kaohsiung Destinasi Cinta River Cruise Love River Kaohsiung Destinasi Cinta River Cruise Love River Kaohsiung Destinasi Cinta River Cruise love river kaohsiung 13

Kalau anda nak tahu, dulu, terusan di Love River ini pernah tercemar dengan kumbahan dan air dari sisa industri. Hasil kotoran yang mengalir ini kemudiannya dirawat dan dialirkan kembali ke dalam sungai. Usaha terbaru oleh kerajaan dan pihak bandar Kaohsiun untuk memulihkan Love River di Daerah Cijin ini berjaya dan lihat lah hasil kualiti air di Love River semakin baik dan diklasifikasikan antara sungai atau terusan yang terbersih di Taiwan. 

Love River ini menyediakan pengalaman menyusuri sungai terbaik yang pernah ada di Taiwan. Anda mesti singgah untuk menikmati pemandangan siang atau malam di Love River Kaohsiung. 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.