Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Luggage Bag Sesuai Untuk Trip 3 Hari 2 Malam

Ada yang punyai masalah untuk memilih beg bila tiba masa untuk travel. Samada masa melancong dari 3 hari 2 malam sehinggalah melancong selama sebulan, kadang-kadang kita tidak pasti saiz beg sebesar mana perlu kita bawa.

Beg menjadi sesuatu yang penting jika anda selalu travel. MrJocko sebelum ini ada mempunyai dua beg size family, satu beg saiz 24″, satu beg trolley saiz 22″, haversack saiz 60 liter, saiz 36 liter dan saiz 30 liter. Oleh kerana banyak trip yang akan datang MrJocko pergi seorang dan trip 3 hari 2 malam, terpaksa lah cari saiz beg sesuai untuk tempoh masa tersebut.

Baca : Pakej Murah Travel 3 Hari 2 Malam

 


Luggage Bag Sesuai Untuk Trip 3 Hari 2 Malam

Sebelum ini MrJocko guna haversack, ternyata tidak sesuai sangat kerana banyak FAM Trip memerlukan pindah randah. Berat nak pikul. Kemudian MrJocko guna saiz 24″, rasa macam oversize pulak. Saiz 22″ Beg Trolley pulak dah lama dan selalu guna untuk barang anak-anak. Jadi, kena beli satu lagi saiz 20″ luggage bag sebab kecil senang bawa dan muat untuk cabin.

 

luggage-bag-sesuai-untuk-trip-3-hari-2-malam
Bag Travel Sesuai Untuk 3 Hari 2 Malam

 

Jenis ni MrJocko beli murah sahaja. Cuma RM99 dan rekaan saiznya memang nampak menarik. Dalam memang sesuai untuk trip 3 hari 2 malam dan tak perlu space yang luas. Punyai 4 roda dan boleh dipusing 360 darjah. Ringan dan boleh dibesarkan sedikit. Perfect untuk MrJocko.Nanti nak bawa beg ni untuk trip Pesta Air Labuan minggu ini.

Rasanya saiz ini memang sesuai untuk trip kali ni. Baju 7 helai, seluar 3 helai, baju mandi, aksesori, kasut dan gadget kecil. Boleh bawak naik ke cabin, lagi senang. Tak perlu la nak bayar extra luggage fee kan?

Glamorous MrJocko

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.