Lukisan Dinding Mural Di Yogyakarta
|Ini sesuatu yang baru bagi MrJocko. Bukan sebab tidak pernah dengar tentang lukisan Mural, tetapi rupanya di Yogyakarta, lokasi bandar ini agak terkenal dengan lukisan dinding Mural. Sana sini sekitar bandar ada banyak lukisan mural yang memang menjadi tumpuan pelancong, termasuk tumpuan warga kota Yogyakarta.
Lukisna Dinding Mural di Yogyakarta, punyai keunikkan tersendiri dan punya pengaruh gaya lukisan orang Indonesia yang masih menebal.
Banyak lukisan mural di sini, ia lebih kepada luisan yang berunsurkan isu semasa. Ada juga lukisan mural yang memang dibiayai oleh beberapa syarikat untuk tujuan promosi dan juga Society Awareness untuk warga kota.
Banyak lukisan yang dilukis di dinding bangunan memang punyai ‘kelulusan’ pihak berkaitan. Namun ada banyak juga lukisan yang dibuat oleh pelukis-pelukis mural jalanan. Tetapi setakat ini, ia dibiarkan kerana banyak lukisan mural di Yogyakarta ini yang mempunyai kualiti yang agak menarik dan tidak mempunyai unsur-unsur yang negatif.
Biasanya lukisan dinding mural ini di lukis di dinding bangunan, tiang besar, stadium, dinding jambatan dan beberapa lokasi yang menjadi tumpuan berdekatan dengan stesen keretapi.
Untuk anda yang nak cari sesuatu yang baru di Yogyakarta, boleh naik bechak untuk pusing di bandar ini melihat pelbagai koleksi lukisan dinding mural di Yogyakarta. Ada yang memang menjadi tumpuan ramai dan punyai kualiti yang menarik dihias di dinding dengan cantik.
Lagipun, di Yogyakarta, ada banyak syarikat atau pelukis persendirian yang menawarkan khidmat melukis mural di dinding bangunan dengan harga yang berpatutan. Untuk mereka yang ingin menghias dinding dengan lukisan mural, mereka memang menggunakan pelukis mural di Yogyakarta.