Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Lunch Di Lat’s Place Puteri Harbour Johor

Kesempatan balik ke Johor Bahru pada cuti hari raya AidilAdha tahun ni, kami singgah bercuti ke Puteri Harbour, Johor. Di Puteri Harbour kami singgah untuk makan tengahari di Restoran Animasi pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Lat’s Place.

Peluang untuk singgah di Lat’s Place memang satu pengalaman yang menarik kerana di dalam restoran animasi pertama ini menjanjikan anda satu pengalaman yang terbaik.

MrJocko dan keluarga teruja apabila memasuki ruang makan dan Lat’s Place kerana ia mempunyai dekorasi hiasan yang sangat menarik. Masuk sahaja anda akan terasa seperti berada di alam animasi yang mana kiri dan kanan mempunyai siaran animasi hidup sepanjang anda berada di Lat’s Place.

Lunch Di Lat's Place Puteri Harbour Johor
Lunch Di Lat’s Place Puteri Harbour Johor

Lunch Di Lat's Place Puteri Harbour Johor

Lunch Di Lat's Place Puteri Harbour Johor

Lunch Di Lat's Place Puteri Harbour Johor

Disetiap sudut kosong di letakkan deko seperti mainan tradisional congkak, batu seremban dan macam-macam lagi. Pendek kata, kalau anda berada di Lat’s Place anda akan terasa seperti berada di dalam dunia animasi berlatarbelakangkan sebuah kampung melayu.

Masa makan anda pasti lebih aman, tenteram dan mengasyikkan kerana suasana kampung buatan di dalam Lat’s Place memang menyerap dalam perasaan anda. MrJocko terasa seperti tak nak balik. Aman betul bila berada di dalam Lat’s Place.

Andai anda ada sekitar Johor Bahru, ambil kesempatan untuk singgah makan tengahari atau makan malam di restoran Lat’s Place. Ia akan menjadi satu pengalaman terbaik bagi anda, keluarga dan rakan-rakan anda. Ruang deko yang bertemakan kampung melayu, lampu neon yang hidup serta skrin animasi yang sentiasa menghidupkan suasana kekampungan. MrJocko pasti akan datang lagi ke Lat’s Place untuk menjamu selera.

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.